Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Facebook Mungkin Perkenal Butang “Snooze”, Senyapkan Kenalan Yang Menjengkelkan Buat Sementara Waktu

Facebook Mungkin Perkenal Butang “Snooze”, Senyapkan Kenalan Yang Menjengkelkan Buat Sementara Waktu

Diterbitkan September 19, 2017 · Dikemas kini September 19, 2017 oleh Helmi Samsuri

Anda sudah pasti mempunyai rakan yang kerap memuat naik foto ke dalam Facebook. Lebih-lebih lagi jika mereka menghadiri majlis perkahwinan, ataupun bercuti. Tidak kurang dari 100 gambar yang akan dimuat naik, dan ini menjadikan anda akan berasa rimas.

Ataupun kenalan yang sering memuat naik status merepek, mempromosi perkara yang tidak masuk akal seperti “Bina rumah  banglo pada harga sebuah reban ayam”, dan lain-lain posting yang menjengkelkan.

Terbaru, pengguna Facebook di Amerika Syarikat dikatakan telah menerima satu ciri yang dikenali sebagai Snooze, dimana ia mirip kepada fungsi unfollow. Ciri ini telah dikesan oleh media by Dre, dan telah memaklumkannya ke Twitter.

Notice the new #SNOOZE option on #FB today? Sometimes, you just gotta put some people to sleep. 😂😂 #facebook #socialmedia #DREmedia pic.twitter.com/2tWxVWVQeI

— DMS Studios (@dmsstudios24k) September 12, 2017

Menariknya tentang butang Snooze ini adalah mereka dapat “senyapkan” kenalan, group atau page mengikut tempoh masa yang dipilih seperti 24 jam, 7 hari, ataupun 30 hari.

“Kami sedang menguji satu cara baru untuk memberikan kawalan suapan berita kepada pengguna supaya mereka sentiasa berhubung dengan kisah/berita yang dianggap relevan.” ujar Facebook kepada TechCrunch.

Buat masa sekarang, fungsi berkenaan hanya diuji dalam kelompok kecil pengguna di Amerika Syarikat dan tidak pasti bilakah ia akan ditawarkan secara rasmi.

Fungsi Snooze ini sangat sesuai bagi mereka yang mahu “senyapkan” kenalan buat seketika dan jika terlalu memeningkan kepala, lebih elok unfollow sahaja mereka.

Sumber: Dre via Mail Online

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
©2026 WISER.MY