Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
AFP

Ribuan Facebook Group Digantung, Meta Salahkan Ralat Teknikal

Diterbitkan Jun 25, 2025 ยท Dikemas kini Jun 25, 2025 oleh Amsyar Latif

Selepas gelombang penggantungan akaun, kini ribuan Facebook Group turut digantung, termasuk kumpulan besar bertemakan keibubapaan, haiwan peliharaan, gaming dan komuniti hobi.

Ramai pentadbir kumpulan mendakwa mereka terima notis pelanggaran tidak jelas seperti kandungan berunsur keganasan atau lucah, walaupun tiada kandungan seperti itu pernah dikongsi. Antara kumpulan yang terjejas termasuk komuniti berskala besar dengan ratusan ribu hingga jutaan ahli.

Menurut laporan TechCrunch, jurucakap Meta Andy Stone memaklumkan mereka sedang membetulkan ralat teknikal yang menjejaskan kumpulan-kumpulan ini.

Ramai percaya isu ini berpunca daripada penyeliaan kandungan automatik berasaskan AI. Di Reddit, pentadbir dinasihatkan supaya tidak membuat rayuan dan tunggu proses pemulihan automatik.

Beberapa pengguna Meta Verified dilaporkan mendapat bantuan pantas, manakala selebihnya masih menunggu tindakan lanjut.

Masalah serupa turut dilaporkan di Pinterest dan Tumblr, menimbulkan persoalan tentang ketepatan AI dalam mengurus kandungan. Meta masih belum beri penjelasan penuh setakat ini.

Berkaitan

  • 'Laptop' Mahal Sangat? Tablet Ni Dah Lebih Dari Cukup
  • OpenAI Dedah Meta Cuba Pikat Kakitangannya Dengan Bonus RM470 Juta
  • Oakley Meta Dilancar - Rakaman 3K, AI Terbina, Bateri Tahan Lama

Sumber: Techcrunch

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
  • (Ulasan) Nothing Phone (4b): Bukan Telefon Yang Teruk, Cuma Pesaing Lebih Menarik
  • Google Perkenal Gemini 4 Carbon, Model AI Frontier Dengan Fokus Keselamatan Siber
  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
©2026 WISER.MY