Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
aplikasi Facebook Gaming android

Facebook Gaming Dilancarkan Untuk Android, Aplikasi Khusus Penstriman Permainan

Diterbitkan April 21, 2020 ยท Dikemas kini April 21, 2020 oleh Amalina Athman

Facebook kini secara rasmi telah melancarkan aplikasi Facebook Gaming, iaitu platform penstriman permainan yang merupakan pesaing kepada Twitch. Pada masa ini, aplikasi Facebook Gaming tersedia bagi peranti Android dan akan dilancarkan tidak lama lagi bagi peranti iOS.

Walaupun agak sukar untuk bersaing dengan Youtube, Twitch dan sebagainya, tetapi Facebook bakal menawarkan ciri yang lebih baik pada aplikasi ini termasuk fokus tertentu pada permainan mudah alih.

Facebook Gaming Dilancarkan Untuk Android, Aplikasi Khusus Penstriman Permainan

Menurut Facebook, aplikasi ini membolehkan pengguna mencipta atau menonton penstriman permainan secara global. Berbanding yang ditawarkan pada versi desktop, fungsi “Go Live” yang terdapat pada aplikasi mudah alih ini akan membenarkan pengguna Android melakukan penstriman permainan kegemaran secara terus dari peranti pengguna.

Mengikut perancangan asal, aplikasi Facebook Gaming akan dilancarkan pada Jun ini. Namun, dengan pertumbuhan berterusan Facebook Gaming, serta peningkatan jumlah penonton dan penstriman secara keseluruhan sepanjang penularan pandemik Covid-19, Facebook mengambil langkah untuk melancarkan aplikasi ini dengan lebih awal.

Mula dilancarkan pada 20 April, aplikasi Facebook Gaming boleh dimuat turun melalui Google Play Store.

Sumber: The Verge

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY