Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Screen Shot 2018-10-02 at 6.04.48 PM

Facebook Dikhabarkan Guna Nombor Telefon Untuk Sasarkan Iklan Kepada Pengguna

Diterbitkan Oktober 2, 2018 ยท Dikemas kini Oktober 2, 2018 oleh Helmi Samsuri

Facebook dilaporkan telah membangunkan profil iklan untuk setiap pengguna, dimana ia dikatakan mengandungi beberapa data, termasuklah nombor telefon yang digunakan untuk ciri 2 Faktor Pengesahan (2FA) dan juga maklumat yang dikumpul daripada pengguna lain.

Menurut Kashmir Hill, penulis dari laman Gizmodo, beliau menyatakan nombor telefon yang digunakan pengguna untuk ciri 2FA dijadikan sebagai informasi tambahan bagi menyasarkan iklan.

Perkara ini telah ditemukan oleh sekumpulan penyelidik, dimana nombor telefon yang mereka gunakan untuk akaun ujian telah menjadi sasaran pengiklan dalam tempoh beberapa minggu.

Berikut merupakan petikan penjelasan jurucakap Facebook kepada Hill yang dikutip dari Gizmodo.

“kami menggunakan maklumat yang disediakan pengguna untuk menawarkan pengalaman yang lebih baik, lebih peribadi di Facebook, termasuk iklan. Kami jelas mengenai cara kami menggunakan maklumat yang kami kumpulkan, termasuk maklumat hubungan yang dimuat atau ditambah oleh pengguna ke akaun mereka sendiri. Anda boleh mengurus dan memadamkan maklumat hubungan yang anda muat naik pada bila-bila masa.”

Sumber: Gizmodo

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Cipta Fabrik Dengan Skrin Sentuh Terbina Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY