Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Exynos 2500

Exynos 2500 Diumum, Cip 3nm Pertama Samsung

Diterbitkan Jun 24, 2025 · Dikemas kini Jun 24, 2025 oleh Amsyar Latif

Samsung akhirnya mengumumkan cip Exynos 2500, cip 3nm pertama mereka dengan rekaan yang lebih jimat tenaga dan berprestasi tinggi. Ia membawa rekaan baharu yang lebih jimat tenaga, lebih berkuasa, dan lebih pintar

Menggunakan seni bina 3nm Gate-All-Around (GAA), Exynos 2500 menawarkan peningkatan besar dari segi kecekapan dan pengurusan haba. Cip ini juga menggunakan pembungkusan Fan-Out Wafer-Level Packaging (FOWLP) yang membantu menjadikannya lebih nipis dan sejuk.

Ia hadir dengan konfigurasi CPU 1+7+2, yang menggunakan teras utama Cortex-X925 pada kelajuan 3.3GHz, dibantu oleh tujuh teras prestasi Cortex-A725 di mana dua teras pada 2.74GHz serta limateras 2.36GHz dan dua teras kecekapan tenaga Cortex-A520 1.8GHz.

Untuk grafik, Exynos 2500 dilengkapi GPU Xclipse 950 generasi baharu yang menyokong ray tracing secara perkakasan (cip GPU) dan mampu mengeluarkan output video 4K pada 120FPS.

Cip ini juga menampilkan peningkatan besar dari segi AI, dengan NPU yang 39% lebih pantas dalam memproses aplikasi kecerdasan buatan atas peranti.

Dari segi kamera, tiada perubahan besar, ia masih menyokong sensor sehingga 320MP dan rakaman video 8K pada 30FPS, sama seperti generasi sebelumnya, Exynos 2400.

Exynos 2500 dikhabarkan akan digunakan dalam Galaxy Z Flip 7 secara global, jadi kita mungkin akan lihat lebih banyak model Exynos di Malaysia tahun ini.

Berkaitan

  • Umpama Sekali Cas, Sehari Gaming - realme 14 5G
  • Counterpoint: Ketidaktentuan Tarif Jejas Pertumbuhan Apple Dan Samsung Pada 2025
  • Samsung Bawa Platform Beli-Belah AI Generatif Ke Galaxy – Tukar Gaya, Beli Terus Dari 'Lockscreen'
  • TV Samsung Terus Dominasi Pasaran Global 19 Tahun Berturut-Turut

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
  • (Ulasan) Nothing Phone (4b): Bukan Telefon Yang Teruk, Cuma Pesaing Lebih Menarik
  • Google Perkenal Gemini 4 Carbon, Model AI Frontier Dengan Fokus Keselamatan Siber
  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
©2026 WISER.MY