Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
EV Pertama Perodua Dengan Servis Sewa Bateri Dilancar, Harga Bermula RM80 Ribu

EV Pertama Perodua Dengan Servis Sewa Bateri Dilancar, Harga Bermula RM80 Ribu

Diterbitkan Disember 1, 2025 · Dikemas kini Disember 1, 2025 oleh ariff bukhari

Akhirnya, Perodua hari ini mencatat sejarah baru selepas secara rasminya melancarkan EV pertama mereka yang juga merupakan EV ketiga Malaysia, selepas Proton terlebih dulu melancarkan EV pertama negara menerusi model e.MAS 7 dan e.MAS 5.

Kehadiran Perodua menerusi EV pertama mereka ini yang dinamakan sebagai QV-E, sekali gus merancakkan lagi industri EV tempatan.

EV Pertama Perodua Dengan Servis Sewa Bateri Dilancar, Harga Bermula RM80 Ribu

Pelancaran EV Perodua ini telah disempurnakan oleh YAB. Dato Seri Anwar B. Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia di mana beliau menyifatkan peluncuran ini sebagai sesuatu yang istimewa dan membanggakan negara.

EV Pertama Perodua Dengan Servis Sewa Bateri Dilancar, Harga Bermula RM80 Ribu

Ini sudah tentunya kerana, berbeza EV Proton yang berplatformkan EV Geely dari China, inovasi EV Perodua ini dibangunkan sepenuhnya oleh anak tempatan bermula dengan penglibatan universiti tempatan.

Malah Perodua turut bekerjasama dengan pakar tempatan melibatkan beberapa syarikat GLC termasuklah Petronas, TNB dan TM.

EV Pertama Perodua Dengan Servis Sewa Bateri Dilancar, Harga Bermula RM80 Ribu

Perodua menegaskan,

“Dan kini dengan 100% inovasi tempatan, kami hampir menemukan jawapan baru kepada “Apa seterusnya untuk Malaysia?”. Kami bukan sekadar membina kenderaan elektrik. Kami membina asas untuk pekerjaan baharu, teknologi baharu, dan masa depan yang lebih hijau – tepat di sini, di tanah air.” Perodua.

EV Pertama Perodua Dengan Servis Sewa Bateri Dilancar, Harga Bermula RM80 Ribu

EV Perodua ini memperkenalkan Program Sewaan Bateri yang pertama di Malaysia dengan harga bermula RM80,000.

Cukai jalan juga ditanggung oleh Perodua untuk tahun pertama pemilikan.

EV Pertama Perodua Dengan Servis Sewa Bateri Dilancar, Harga Bermula RM80 Ribu

Anda boleh melihat sendiri lebih dekat EV Perodua ini dengan melawat pusat servis dan jualan Perodua terpilih seperti yang disenaraikan dalam rajah di bawah.

Atau layari laman rasmi What’s Next? | Perodua untuk info lanjut.

EV Pertama Perodua Dengan Servis Sewa Bateri Dilancar, Harga Bermula RM80 Ribu

test drive Produa EV

Berkaitan

  • Perodua Ada Aplikasi Baru, Gabung EV, E-Wallet & Hiburan
  • Proton e.MAS 5 Dan Masa Depan EV Mampu Milik Di Malaysia
  • 5 Benda Yang Buat OriginOS 6 Rasa Lebih Kemas dan Lancar

Berita menyusul…

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY