Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
‘Power Bank’ UGREEN Baharu Guna Sel Bateri BYD

‘Power Bank’ UGREEN Baharu Guna Sel Bateri BYD

Diterbitkan April 21, 2026 · Dikemas kini April 22, 2026 oleh ariff bukhari

UGREEN dan BYD Battery  telah menandatangani perjanjian kerjasama strategik dengan fokus utama untuk melancarkan produk bank kuasa mudah alih menggunakan sel bateri baharu mengikut piawaian berkeselamatan tinggi.

Langkah ini selaras dengan pengumuman rasmi China untuk pematuhan piawaian baharu GB 47372-2026: Spesifikasi Teknikal Keselamatan Bank Kuasa Mudah Alih yang berkuat kuasa pada 1 April 2027.

UGREEN x BYD
BYD Battery akan membawa kekuatan rantaian mereka lengkap daripada R&D bahan sehinggalah pembuatan sel ke dalam bank kuasa UGREEN.

Kerjasama ini akan melibatkan R&D bersama, pengeluaran besar-besaran sel patuh piawaian, serta integrasi ke dalam produk power bank generasi baharu UGREEN dengan ciri perlindungan seperti dari suhu tinggi, pengecasan berlebihan, serta ujian hayat untuk mengesan risiko litar pintas dalaman.

Sistem penjejak juga akan diwujudkan di mana setiap produk tersebut diwajibkan mempunyai nombor ID unik bagi memastikan ketelusan dan kebolehkesanan bateri memenuhi standard keselamatan.

UGREEN x BYD

Dengan kerjasama ini, UGREEN bakal memperkenalkan generasi baharu bank kuasa yang lebih selamat, boleh dipercayai, dan memenuhi keperluan pengguna moden.

Pelancaran rasmi dijangka menarik perhatian pasaran kerana bank kuasa UGREEN akan datang ini mengandungi teknologi bateri BYD di dalamnya.

Berkaitan

  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • Pengecas 120W Dengan Skrin 1.57 Inci Ini Dioptimumkan Untuk Keseluruhan Ekosistem Xiaomi
  • Komputer Riba Dipacu Intel Core Ultra 3 Kini Di Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY