Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
EU Lancar Siasatan Terhadap Penggunaan Data Google Untuk AI

EU Lancar Siasatan Terhadap Penggunaan Data Google Untuk AI

Diterbitkan Disember 9, 2025 oleh ariff bukhari

Kesatuan Eropah pada Selasa mengumumkan bahawa mereka telah membuka siasatan untuk menilai sama ada Google melanggar peraturan antitrust dengan menggunakan kandungan dalam talian daripada media dan penerbit lain untuk melatih serta menyediakan perkhidmatan AI tanpa pampasan sewajarnya.

Suruhanjaya Eropah berkata siasatan itu akan meneliti kebimbangan bahawa gergasi teknologi AS itu mungkin memesongkan persaingan dengan mengenakan syarat tidak adil kepada penerbit dan pencipta kandungan, atau dengan memberi dirinya akses istimewa kepada kandungan tersebut.

“Masyrakat yang bebas dan demokratik bergantung pada media yang pelbagai, akses terbuka kepada maklumat, dan lanskap kreatif yang subur,” kata Ketua Persaingan EU, Teresa Ribera.

“AI membawa inovasi luar biasa dan banyak manfaat kepada rakyat serta perniagaan di Eropah, namun kemajuan ini tidak boleh mengorbankan prinsip asas masyarakat kita.”

Suruhanjaya itu berkata siasatan akan memberi tumpuan kepada dua isu utama.

Sama ada Google menggunakan video YouTube untuk melatih model AI generatifnya tanpa membayar pencipta kandungan secukupnya — dan tanpa memberi mereka pilihan untuk menolak penggunaan kandungan mereka.

“Google tidak memberi bayaran kepada pencipta kandungan YouTube, dan mereka tidak boleh memuat naik kandungan tanpa membenarkan Google menggunakannya,” kata Suruhanjaya.

Pada masa sama, pesaing yang membangunkan model AI lain dihalang oleh polisi YouTube daripada menggunakan kandungan YouTube untuk tujuan latihan.

Siasatan juga akan melihat sama ada Google menggunakan kandungan daripada laman berita dan laman web lain untuk menyediakan perkhidmatan AI generatif — sekali lagi tanpa pampasan atau pilihan untuk menarik diri.

Ini termasuk ringkasan jawapan AI dalam hasil carian serta ciri “AI Mode”.

“Kami sedang menyiasat sama ada Google mengenakan syarat tidak adil kepada penerbit dan pencipta kandungan sambil meletakkan pesaingnya dalam kedudukan kurang menguntungkan,” kata Ribera.

Tiada tarikh akhir untuk siasatan ini, namun jika didapati bersalah, Google berdepan denda besar. – AFP.

Berkaitan

  • Kami Dah Putus Asa “Dera” vivo V60 Lite 5G Ni
  • Selepas X Didenda ~RM575 juta, Musk Berkata EU ‘Patut Dimansuhkan’
  • Pertanian Di Malaysia Bakal Dipacu Robot Humanoid

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri HUAWEI WATCH 6 Rasmi, Harga Bermula RM1,799
  • Inovasi Pelajar MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi Dinobatkan Sebagai Juara Junior Innovathon 2026
  • Portal Sekolahku Himpunkan Maklumat Sekolah Seluruh Negara Dalam Satu Platform
  • Guna AI Cari Kelemahan PS5, Penggodam Terima AS$50,000 Daripada Sony
  • Mini PC ROG Dengan RTX 5090 Ini Boleh Anda Milikinya Pada Harga RM38,759
  • Navigasi TuJu Belum Pulih, Kini Arahkan Pengguna Android Ke Google Maps
  • China Berjaya Sambungkan 'Power Bank' Karbon Dioksida Mampat Ke Grid Elektrik
  • Kekurangan RAM Dijangka Berlarutan Hingga 2030, Harga Peranti Mungkin Kekal Tinggi
©2026 WISER.MY