Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Selepas X Didenda ~RM575 juta, Musk Berkata EU ‘Patut Dimansuhkan’

Selepas X Didenda ~RM575 juta, Musk Berkata EU ‘Patut Dimansuhkan’

Diterbitkan Disember 8, 2025 · Dikemas kini Disember 8, 2025 oleh ariff bukhari

Elon Musk membalas pada Sabtu terhadap Kesatuan Eropah (EU) selepas platform media sosial X miliknya dikenakan denda besar, dengan memberitahu 230 juta pengikutnya bahawa EU sepatutnya “dimansuhkan”.

Selepas siasatan berprofil tinggi yang dianggap sebagai ujian tekad EU untuk mengawal Big Tech, platform media sosial milik individu terkaya di dunia itu dikenakan denda 120 juta euro (~RM575 juta) pada Jumaat kerana melanggar peraturan digital blok tersebut.

Penalti itu segera dikritik oleh pentadbiran AS pimpinan Donald Trump, di mana semasa menjadi presiden pernah sehaluan dengan Musk dalam usaha kontroversi untuk mengurangkan tenaga kerja persekutuan dan memotong perbelanjaan, sebelum hubungan mereka renggang.

Musk sendiri bersuara selepas denda itu diumumkan, menulis di akaun X miliknya:

“EU patut dimansuhkan dan kedaulatan dikembalikan kepada negara masing-masing, supaya kerajaan dapat mewakili rakyat dengan lebih baik.”

Apabila seorang pengguna mengulang siar kenyataan itu, Musk membalas, “Saya maksudkannya. Bukan bergurau.”

“Saya menyayangi Eropah, tetapi bukan raksasa birokrasi yang dikenali sebagai EU,” tambahnya dalam satu lagi hantaran.

Denda terhadap X itu merupakan yang pertama dikenakan oleh Suruhanjaya Eropah di bawah Akta Perkhidmatan Digital (DSA) berkaitan kandungan.

Suruhanjaya itu berkata X bersalah melanggar kewajipan ketelusan di bawah DSA.

Pelanggaran tersebut termasuk reka bentuk mengelirukan bagi “tanda semak biru” untuk akaun yang kononnya disahkan, serta kegagalan menyediakan akses kepada data awam untuk penyelidik.

X juga gagal menunjukkan ketelusan mencukupi berhubung pengiklanannya, tambah Suruhanjaya. – AFP.

Berkaitan

  • 5 Benda Yang Buat OriginOS 6 Rasa Lebih Kemas dan Lancar
  • Infrastruktur Internet China Lebih Maju, Pembayaran Kini Sokong Cermin Mata Pintar
  • Penjualan RAM Dan Storan Jenama Crucial Akan Ditamatkan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri HUAWEI WATCH 6 Rasmi, Harga Bermula RM1,799
  • Inovasi Pelajar MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi Dinobatkan Sebagai Juara Junior Innovathon 2026
  • Portal Sekolahku Himpunkan Maklumat Sekolah Seluruh Negara Dalam Satu Platform
  • Guna AI Cari Kelemahan PS5, Penggodam Terima AS$50,000 Daripada Sony
  • Mini PC ROG Dengan RTX 5090 Ini Boleh Anda Milikinya Pada Harga RM38,759
  • Navigasi TuJu Belum Pulih, Kini Arahkan Pengguna Android Ke Google Maps
  • China Berjaya Sambungkan 'Power Bank' Karbon Dioksida Mampat Ke Grid Elektrik
  • Kekurangan RAM Dijangka Berlarutan Hingga 2030, Harga Peranti Mungkin Kekal Tinggi
©2026 WISER.MY