Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
eos r50v

EOS R50 V: Kamera Kompak, Sensor APS-C, Sesuai Untuk Pencipta Kandungan

Diterbitkan Mac 28, 2025 · Dikemas kini Mac 28, 2025 oleh Amsyar Latif

Selain daripada kamera VLOG PowerShot V1, Canon turut melancarkan EOS R50 V, lensa zoom kuasa RF-S 14-30mm F4-6.3 IS STM PZ, serta lensa perdana ultra-lebar RF 20mm f/1.4L VCM.

EOS R50 V menampilkan sensor 24.2MP APS-C. Ia turut dilengkapi dengan ciri profesional seperti Canon Log 3, Dual Pixel CMOS AF II, rakaman video 4K 30p oversampled tanpa pemangkasan (cropped), video 4K 60p dengan pemangkasan, gerak perlahan Full HD 100p/120p, serta rakaman 10-bit HDR PQ/HLG.

eos r50v

Kamera ini juga memperkenalkan ciri yang biasanya terdapat dalam siri Canon Cinema EOS, termasuk profil Custom Picture, sokongan LUT, dan input audio profesional.

Salah satu keistimewaan utama EOS R50 V ialah reka bentuknya yang berorientasikan video, dengan dail mod khas untuk rakaman filem, sokongan tuas zum, pintasan untuk penstriman langsung, serta ergonomik yang dioptimumkan bagi rakaman menegak.

Pada masa yang sama, RF-S 14-30mm F4-6.3 IS STM PZ juga dilancarkan, lensa RF pertama dengan zoom kuasa terbina dalam, ideal untuk pencipta kandungan solo.

Sementara itu, lensa RF 20mm f/1.4L VCM menawarkan bukaan besar f/1.4, autofokus pantas dan senyap, serta penindasan pernafasan fokus untuk rakaman video yang lebih lancar.

Lensa RF 20mm f/1.4L VCM dijual pada harga RM8,199 dan tersedia hujung April 2025.

Sementara EOS R50 V tidak diumumkan lagi harga dan dijangka tersedia hujung April.

Berkaitan

  • Canon EOS R5 Mark II Kini Di Malaysia, Dijual Pada RM18,999
  • Nak RM10 Percuma & Peluang Menang RM1 Juta? Ramai Terkejut Betapa Mudahnya MAE Ni!
  • Canon Perkukuh Komuniti Kreatif Dengan EOS Masters & Mentors 2025
  • Canon Lancar Kamera VLOG Terbaru, PowerShot V1 Berharga RM3,999

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY