Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Canon EOS Masters

Canon Perkukuh Komuniti Kreatif Dengan EOS Masters & Mentors 2025

Diterbitkan Februari 26, 2025 ยท Dikemas kini Februari 26, 2025 oleh Amsyar Latif

Canon Marketing Malaysia memperkenalkan barisan EOS Masters 2025 bersama kategori baharu, EOS Mentors, sebagai usaha memperkasa komuniti kreatif Malaysia. Inisiatif ini bertujuan menyediakan lebih banyak peluang bimbingan dan pembangunan profesional bagi jurugambar dan juruvideo.

EOS Masters, yang diperkenalkan sejak 2023, kekal sebagai duta utama Canon dalam bidang fotografi, manakala EOS Mentors akan bertindak sebagai jurulatih sekunder dan penceramah bagi memperluaskan jangkauan ilmu dan kepakaran.

Barisan EOS Masters & Mentors 2025 merangkumi 15 Masters dan 11 Mentors, terdiri daripada pakar fotografi perkahwinan, acara, potret, perjalanan, sukan, fotojurnalisme, dan pencipta kandungan.

Canon juga akan mengadakan pelbagai bengkel dan seminar untuk membantu jurugambar dan videografer mengasah kemahiran serta meneroka teknik baharu dalam penceritaan visual.

Menurut Masato Yoshiie, Presiden & CEO Canon Marketing Malaysia, inisiatif ini memperkukuh sokongan kepada industri kreatif dengan menyediakan peluang pembelajaran dan bimbingan yang lebih meluas.

Canon terus berpegang kepada falsafah Kyosei, yang menekankan semangat bekerjasama untuk manfaat bersama, memastikan ekosistem fotografi dan videografi terus berkembang dengan inovasi dan kecemerlangan.

Berkaitan

  • Canon Lancar Lensa 'Mata Ikan' Berkembar Untuk VR
  • Canon Dan UMS Beri Kesedaran Tentang Kehidupan Laut Melalui Fotografi
  • Guna Telefon vivo X200 Pun Boleh Dapat Gambar Makro Nampak Pro Macam Ini
  • Sigma BF, Kamera Tanpa Cermin Bingkai Penuh Dengan Rekaan 'Unibody' Dan Minimalis

Sumber: Siaran media Canon

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY