Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Energizer Lancarkan Telefon Pintar Power Max P600S

Energizer Lancarkan Telefon Pintar Power Max P600S

Diterbitkan Januari 7, 2018 ยท Dikemas kini Januari 7, 2018 oleh Helmi Samsuri

Energizer merupakan satu nama yang cukup sinonim dengan bateri yang menguasakan alat kawalan jauh, jam dinding, dan lain-lain. Namun kini, syarikat itu telah meluaskan lagi produk mereka dengan melancarkan sebuah telefon pintar dikenali sebagai Energizer Power Max P600S.

Sebagai sebuah pengeluar bateri, Energizer sudah pasti mahu memastikan model telefon pintar mereka dijana dengan bateri berkuasa besar. Energizer Power Max P600S merupakan peranti yang dilengkapi dengan bateri berkapasiti 4500mAh yang menjanjikan penggunaan selama 12 jam atau 16 hari waktu standby.

Untuk mengecas bateri terbabit ia didatangkan dengan sokongan pengecasan pantas 12V menerusi port USB-C.

Berikut merupakan spesifikasi ringkas telefon pintar Energizer ini.

  • Skrin 5.99 inci beresolusi 1080p dengan nisbah paparan 18:9
  • Cip pemprosesan MediaTek Helio P25
  • RAM 3GB/ Storan 32GB atau RAM 6GB/ Storan 64GB
  • Sokongan memori tambahan menerusi kad MikroSD 256GB
  • Dwi kamera belakang yang menggabungkan lensa 13MP dan 5 MP
  • Kamera selfie 8MP dilengkapi dengan flash
  • Android Nougat 7.0

Peranti ini diramal penjualannya pada pertengahan Januari dan harga pasarannya masih belum didedahkan. Ia ditawarkan pada dua variasi warna iaitu Hitam dan Biru.

Sumber: Android Authority

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pra Tempah 2 Pembesar Suara Mudah Alih CMF Baharu Ini Kini Dibuka Bermula RM259
  • PayNet Perluas Pembayaran DuitNow QR Ke 5 Destinasi Luar Negara - Ini Bank Yang Menyokongnya
  • Foxconn Habiskan 1 Trilion Token Bagi Melatih AI FoxBrain Dalam 12 Hari
  • Cara Batalkan Sijil MyDigital ID
  • Cara Beli 'Travel' eSIM Shopee
  • Kerjasama AI Muse Diperluas, NVIDIA Bakal Labur AS$3 Bilion Dalam Meta
  • ChatGPT Kini Boleh Akses iCloud Mail Dan Calendar
  • SK Hynix Umum Untung Lebih RM258 Bilion Dalam Tempoh 3 Bulan
©2026 WISER.MY