Menerusi polisi baharu itu, WhatsApp telah meminta izin untuk berkongsi data pengguna kepada Facebook. Lebih buruk, jika tidak bersetuju dengan data yang diperoleh oleh WhatsApp akan dikongsi oleh Facebook, hanya satu cara yang boleh dilakukan iaitu berhenti menggunakan WhatsApp sepenuhnya.
Polisi baharu ini akan dilaksanakan secara efektif bermula 8 Februari 2021. Ini bermakna, selepas tarikh tersebut, pengguna perlu bersetuju jika ingin menggunakan aplikasi itu.
Terbaru, Elon Musk yang kini merupakan individu terkaya di dunia dan juga pengasas Tesla telah menyarankan untuk menggunakan aplikasi permesejan Signal.
https://twitter.com/elonmusk/status/1347165127036977153
Walaupun Musk tidak menyebut Facebook atau WhatsApp secara spesifik, ia memberikan gambaran beliau mengesyorkan pengguna untuk beralih kepada Signal susulan daripada kemas kini polisi baharu WhatsApp.
Semalam, aplikasi permesejan Signal telah mengalami kelewatan pengesahan akaun yang baru didaftarkan.
https://twitter.com/signalapp/status/1347258641892614144
Ia berikutan muat turun besar-besaran yang dilakukan oleh ramai pengguna secara global. Bagaimanapun, aplikasi Signal kini kembali beroperasi seperti biasa.
Bagi anda yang ingin mengikuti saranan Musk, muat turun aplikasi Signal boleh dilakukan melalui Play Store atau App Store. Menerusi aplikasi ini, anda juga boleh membuat panggilan audio dan video.
Sumber: The Verge
Berkaitan
- Facebook Henti Rancangan Iklan Pada WhatsApp Buat Sementara Waktu
- WhatsApp Perkenal Ciri Baharu Untuk Panggilan Video
- CIMB WhatsApp Dilancarkan, Cara Baru Komunikasi Dan Terima Mesej
- Pengguna Terpilih WhatsApp Kini Boleh Akses Multi-Akaun Dalam Satu Aplikasi
- WhatsApp Secara Rasmi Tampil Perincikan Polisi Privasi Baharu
- WhatsApp Uji Ciri Dail Nombor Telefon Secara Terus Dalam Aplikasi
- Meta Saman Pembangun Aplikasi, Didakwa Curi Lebih 1 Juta Akaun WhatsApp
- WhatsApp Tambah Pintasan Format Teks Baharu, Ini Caranya
- Tiada Ayam KFC Percuma, Hati-Hati Dengan Mesej Palsu Di WhatsApp
- WhatsApp Channel Kelak Boleh Pindah Milik