Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Meta Saman Pembangun Aplikasi, Didakwa Curi Lebih 1 Juta Akaun WhatsApp

Meta Saman Pembangun Aplikasi, Didakwa Curi Lebih 1 Juta Akaun WhatsApp

Diterbitkan Oktober 7, 2022 oleh Amalina Athman

Meta kini dilaporkan telah menyaman pembangun dari China yang didakwa mengelirukan lebih satu juta pengguna WhatsApp sebagai sebahagian daripada serangan pengambilalihan akaun.

Antaranya termasuk HeyMods, Highlight Mobi serta HeyWhatsApp yang dikatakan telah mencuri lebih satu juta akaun WhatsApp bermula Mei 2022 dan berterusan sehingga Julai 2022.

Berkaitan

  • WhatsApp Dedahkan Kerentanan Kritikal Dalam Aplikasi Versi Lama
  • Buang Segera Aplikasi Android Ini Didapati Boleh Merakam Audio Dan Mencuri Data
  • Ciri 'View Once' Untuk WhatsApp Web Dan Desktop Akan Dihentikan Bermula November Ini

Dalam tuntutan yang dibuat, Meta menyatakan pihak tersebut telah membangun dan mengedarkan aplikasi WhatsApp versi ‘tidak rasmi’ melalui laman web mereka di heymods.com serta platform pihak ketiga termasuk Google Play Store, APK Pure, APKSFree, iDescargar dan Malavida.

Setelah dipasang, aplikasi AppUpdater untuk WhatsPlus 2021 GB Yo FM HeyMods dan Theme Store for Zap yang mengandungi perisian hasad akan mengumpul maklumat pengesahan akaun pengguna. Seterusnya, pihak berkenaan akan mengambil alih akaun WhatsApp tersebut bagi tujuan penggunaan yang tidak dibenarkan, termasuk menghantar mesej spam komersial.

Sumber: BleepingComputer

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY