Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
cimb whatsapp

CIMB WhatsApp Dilancarkan, Cara Baru Komunikasi Dan Terima Mesej

Diterbitkan Januari 9, 2020 · Dikemas kini Januari 9, 2020 oleh Amalina Athman

CIMB telah melancarkan program CIMB@Whatsapp yang memberikan pengalaman baru kepada pengguna untuk berkomunikasi dan menerima mesej daripada CIMB. Anda akan menerima mesej seperti pengumuman perkhidmatan yang penting, amaran transaksi (akan datang) dan ucapan perayaan.

Selain itu, anda juga boleh menerima pelbagai perkhidmatan pantas yang ditawarkan melalui WhatsApp.

Bagi memastikan anda menerima mesej yang asli daripada CIMB, WhatsApp rasmi CIMB akan sentiasa mempunyai ikon tanda hijau bersebelahan dengan nama akaun “CIMB Malaysia”. Seterusnya, apabila anda menekan nama akaun “CIMB Malaysia”, anda akan melihat ikon lencana berwarna hijau yang menyatakan “Perniagaan Yang Disahkan” atau “Akaun perniagaan rasmi”.

Anda dinasihatkan untuk tidak memberi maklum balas kepada sebarang mesej dari akaun CIMB yang tidak disahkan. Mesej pada Whatsapp juga dijamin dengan end-to-end encryption. Ia bagi memastikan hanya anda dan orang yang berkomunikasi dengan anda dapat membaca mesej yang dihantar, dan tiada sesiapa dapat membaca termasuk WhatsApp.

CIMB WhatsApp

Sempena pelancaran program CIMB@WhatsApp, anda juga berpeluang untuk memenangi e-baucer Lazada RM10. Caranya adalah dengan menghantar WhatsApp pada CIMB dan menjawab soalan mudah sebelum 31 Januari 2020. Terdapat jumlah RM15,000 dengan 1,500 pemenang untuk direbut.

Klik pautan ini untuk mula menggunakan CIMB@WhatsApp.

Sumber: CIMB Clicks

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
  • Kod 2FA Tetap Berfungsi Dalam Mod Pesawat, Ini Sebabnya
  • MyCERT Kesan Trojan Perbankan Android 'BNM Mobile Security' - Curi Maklumat Kad Bank Melalui NFC
  • 3 Game Kereta Lumba 'Lejen' Ini Kini Boleh Dimainkan Terus Dari Pelayar PC Anda
  • Cara Dapat Langganan AI Percuma 3 Bulan Melalui Program AI Untuk Rakyat
  • ChatGPT Images 2.6 Kini Tersedia - Sokong GIF, Janaan Imej 50% Lebih Pantas
  • Kadar Pertumbuhan Syarikat Perlahan, Canva Umum Buang 1,271 Pekerja
©2026 WISER.MY