Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
OpenAI_The Intercept

Elon Musk Dakwa Apple Pilih Kasih Terhadap OpenAI

Diterbitkan Ogos 12, 2025 oleh Amalina Athman

Elon Musk mengkritik keras amalan App Store milik Apple, menuduh syarikat itu bersikap ‘pilih kasih’ terhadap OpenAI.

Pengasas xAI Holdings yang mengendalikan pasukan kecerdasan buatan (AI) Grok dan platform media sosial X itu mendakwa Apple menyukarkan mana-mana pihak selain OpenAI untuk berada di kedudukan teratas carta App Store.

Dalam satu hantaran di X, Musk menyifatkan amalan Apple sebagai “pelanggaran peraturan persaingan yang jelas” dan mengumumkan akan mengambil tindakan undang-undang dengan segera.

Apple is behaving in a manner that makes it impossible for any AI company besides OpenAI to reach #1 in the App Store, which is an unequivocal antitrust violation.

xAI will take immediate legal action.

— Elon Musk (@elonmusk) August 12, 2025

Dalam hantaran lain, beliau turut mempersoalkan sama ada Apple sedang “bermain politik” dengan tidak menonjolkan produknya.

Menerusi tinjauan, dapat disahkan bahawa ChatGPT kini berada di kedudukan nombor satu dalam senarai aplikasi percuma di App Store. Namun, awal tahun ini, kedudukan teratas itu pernah dipegang oleh DeepSeek.

Buat masa ini, masih belum dapat dipastikan sama ada xAI benar-benar akan meneruskan saman itu atau tidak.

Dalam perkembangan berkaitan, OpenAI pada minggu lalu mengumumkan GPT-5, model AI terbaharu dan paling canggih setakat ini, susulan pelancaran Grok 4 bulan lepas.

Berkaitan

  • Populariti Melonjak, Ini Anda Perlu Tahu Mengenai DeepSeek - Saingan ChatGPT
  • Pelajar Sarawak, Ini Lokasi Sah Dan Cara Untuk Tebus 'Laptop' Percuma Anda
  • Servis Teksi Robot Elon Musk Mula Ditawarkan Di AS
  • GPT-5 Dah Rasmi - Ini Yang Anda Perlu Tahu

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY