Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Scammer LHDN

Ini 5 Taktik Penipuan Scammer Mengaitkan LHDN Bagi Menipu Mangsa

Diterbitkan Julai 14, 2022 · Dikemas kini Julai 15, 2022 oleh ariff bukhari

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) dalam satu kenyataan telah mendedahkan 5 taktik penipuan licik yang sering digunakan penjenayah scammer bagi menipu mangsa mereka.

Berikut adalah 5 taktik yang sering digunakan scammer bagi menipu mangsa mereka:

1. Tunggakan cukai atau pelarian cukai

Mangsa akan menerima mesej, panggilan telefon, surat atau e-mel daripada sindiket yang memaklumkan bahawa terdapat tunggakan cukai yang masih belum dijelaskan.

Mangsa dikehendaki menjelaskan tunggakan cukai tersebut dengan membuat pindahan wang ke akaun bank bukan milik LHDNM.

Atau mangsa dihubungi sindiket yang menyamar sebagai pegawai LHDNM atau pegawai polis memaklumkan bahawa mangsa mempunyai baki cukai tertunggak dan mengarahkan mangsa untuk memuat turun aplikasi palsu dari Bank Negara Malaysia (BNM) atau berkongsi maklumat peribadi perbankan di laman web palsu kononnya milik BNM bagi tujuan siasatan.

2. Pelarian cukai, jenayah dan pengubahan wang haram

Mangsa dihubungi kononnya mangsa terlibat dengan pelarian cukai, jenayah dan pengubahan wang haram. Sehubungan itu akaun bank milik mangsa akan disekat dibawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA).

Mangsa kemudiannya akan disambungkan untuk bercakap dengan ‘pegawai polis’ atau ‘pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)’ atau pihak berkuasa yang bertanggungjawab terhadap kes mangsa bertujuan untuk menimbulkan perasaan panik dalam kalangan mangsa.

Bagi mengelakkan semua wang dalam akaun milik mangsa dibekukan, mangsa telah diarahkan untuk memindahkan wang tersebut ke akaun bank pihak ketiga yang kononnya akan dipindahkan semula ke akaun milik mangsa apabila ‘kes jenayah’ mangsa telah selesai.

3. Kunjungan ‘pegawai LHDNM’

Mangsa menerima kunjungan ‘pegawai LHDNM’ kononnya untuk memungut cukai atau melakukan audit dan siasatan cukai.

Sindiket akan meminta dokumen pendapatan atau perniagaan mangsa dan memaklumkan kononnya mangsa telah salah lapor cukai pendapatan.

Mangsa diarahkan untuk membuat pembayaran ‘baki cukai tambahan’ yang ditaksirkan ke dalam akaun bukan milik LHDNM.

4. Perdagangan saham 

Mangsa menerima surat atau e-mel memaklumkan bahawa mangsa terlibat dengan aktiviti perdagangan saham dengan salah satu syarikat pelaburan dan dikehendaki membuat bayaran tunggakan cukai berdasarkan arahan yang diberikan oleh sindiket penipuan.

LHDN palsu

5. Cukai terlebih bayar

Mangsa menerima e-mel memaklumkan bahawa mangsa mempunyai cukai terlebih bayar yang akan dipulangkan semula oleh LHDNM.

Mangsa diminta untuk klik pada pautan yang disediakan di dalam e-mel palsu tersebut dan arahan akan diberikan agar mangsa mendedahkan butiran akaun bank termasuklah kata laluan perbankan internet mangsa kononnya bagi membolehkan transaksi bayaran balik lebihan cukai dapat dibuat oleh LHDNM.

LHDN palsu 3

LHDN palsu 2

Sehubungan itu, LHDNM mengingatkan orang ramai untuk tidak mendedahkan butiran perbankan terutamanya kata laluan perbankan internet kepada pihak tidak dikenali.

Juga jangan klik pada pautan meragukan yang diterima melalui e-mel,  memuat turun sebarang aplikasi yang diminta oleh pemanggil yang tidak dikenali dan jangan membuat panggilan semula kepada nombor telefon yang tidak dikenali.

Sumber: Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM200
  • Kadar Tambang ECRL Akan Diumumkan Menjelang Akhir Oktober - Operasi Disasar Bermula Pertengahan Disember
  • Tiket Tonton Filem Dan Teater Di Wilayah Persekutuan Dikecualikan Duti Hiburan
  • Belanjawan 2027: Belia Lengkapkan Jam Sukarelawan Layak Terima RM100 E-Dompet Secara 'One-Off'
  • Belanjawan 2027: Kerajaan Tambah 100,000 Langganan AI Percuma, Termasuk ChatGPT
  • TNB Labur RM15 Bilion Perkukuhkan Grid Nasional
  • Belanjawan 2027: NSRC Akan Bangunkan Aplikasi AI, Bantu Pengguna Semak Butiran Mencurigakan
  • Pas MyKomuter50 Diperkenalkan, Pengguna Jimat Sehingga RM160/bulan
  • Belanjawan 2027: Peminjam PTPTN Berpendapatan RM2,500 Ke Bawah Boleh Tangguh Bayaran Balik
©2026 WISER.MY