Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
jwst TWA 7b_

Ini Eksoplanet Pertama Yang Dirakam Secara Langsung Oleh Teleskop James Webb

Diterbitkan Jun 26, 2025 oleh Amsyar Latif

Selepas hampir dua tahun beroperasi, James Webb Space Telescope (JWST) akhirnya berjaya menemui eksoplanet pertamanya secara langsung yang mana ia satu pencapaian penting dalam pencarian dunia luar sistem suria.

Planet yang dinamakan TWA 7b ini ditemui kira-kira 100 tahun cahaya dari Bumi dan menjadi planet paling ringan pernah dirakam secara langsung, dengan anggaran jisim hampir sama dengan Saturn.

Kebanyakan hampir 6,000 eksoplanet yang ditemui sebelum ini dikenal pasti melalui kesan cahaya apabila mereka melintasi bintang, bukan melalui imejan terus. Ini kerana planet jauh biasanya sangat malap dan terhalang oleh cahaya terang dari bintang induk mereka.

jwst twa 7b

Namun, Webb mempunyai kelebihan dengan menggunakan koronagraf pada instrumen MIRI, ia boleh menutup cahaya bintang seperti gerhana mini yang membolehkan planet dikesan melalui sinaran inframerah.

Bintang TWA 7 dipilih kerana usianya yang sangat muda, hanya 6.4 juta tahun (berbanding Matahari 4.5 bilion tahun), dan masih dikelilingi cakera debu tempat pembentukan planet berlaku.

Di celah salah satu daripada tiga lingkaran debu itu, Webb mengesan objek yang tidak dijangka – TWA 7b.

Penemuan ini membuktikan keupayaan JWST untuk menjejak planet yang lebih kecil secara terus, sekali gus membuka jalan kepada misi mencari planet seumpama Bumi.

Walaupun Webb belum cukup kuat untuk lihat terus planet berbatu seperti Bumi, teleskop generasi akan datang seperti Extremely Large Telescope (ELT) di Chile, dijangka mampu lakukannya apabila beroperasi menjelang 2028.

Berkaitan

  • Pelajar Sarawak, Ini Lokasi Sah Dan Cara Untuk Tebus 'Laptop' Percuma Anda
  • Cermin Mata Ini Jadi ‘Mata’ Tambahan Untuk Orang Buta — Bantu Kenal Pasti Halangan Di Depan
  • Penyelidik China Bangunkan Dron Sekecil Nyamuk

Sumber: AFP

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY