Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Car Comparison ADOBE Generative fill

Edit Foto Di Photoshop Kini Jadi Lebih Mudah Dengan Ciri ‘Generative AI’

Diterbitkan Mei 24, 2023 oleh ariff bukhari

Adobe hari ini membawakan ciri baru untuk perisian suntingan foto berkuasa mereka, Photoshop dengan memuatkan ciri  kecerdasan buatan (AI) yang dikenali sebagai Generative Fill.

Dengan bantuan Generative Fill, ia secara automatik akan sepadankan dengan perspektif, pencahayaan dan gaya imej untuk membolehkan pengguna mencapai hasil yang mengagumkan sambil mengurangkan tugas yang membosankan.

Ia juga boleh digunakan untuk menambah kandungan, mengalih keluar atau menggantikan bahagian imej dan memanjangkan tepi imej.

adobe Generative Fill

Generative Fill memperluaskan ekspresi kreatif dan produktiviti dan meningkatkan keyakinan kreatif pencipta dengan penggunaan bahasa dan konsep semula jadi untuk menjana kandungan digital hanya dalam beberapa saat sahaja.

Sekaligus menjimatkan masa yang sebelum ini memerlukan penyuntingan imej yang lebih lama.

Ciri Generative Fill terbaru ini sudah pun ditawarkan bermula dari hari ini untuk pelanggan Photoshop menerusi aplikasi desktop Photoshop (versi beta).

Selain itu pada masa yang sama, Adobe juga memaklumkan mereka mengemas kini Adjustment Preset dengan memuatkan sejumlah 32 preset baru, Contextual Task Bar, Remove Tool dan Enhanced Gradients untuk Photoshop.

adobe Contextual Task Bar
adobe Remove Tool

Berkaitan

  • Akhirnya Tiba, Netflix Umum Perkongsian Akaun Dengan Bayaran Tambahan RM13/Bulan
  • Ini Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Ahli Tambahan Netflix
  • Canon Umum R100, Siri EOS R Teringan, Terkecil Dan Mampu Milik

Sumber: Siaran Media Adobe

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY