Ini Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Ahli Tambahan Netflix

Netflix hari ini mengumumkan akan mula menghantar e-mel mengenai kemas kini perkongsian akaun. Menerusi e-mel tersebut, ia menyatakan mereka yang tidak tinggal satu isi rumah boleh berkongsi akaun Netflix melalui slot ahli tambahan dengan bayaran tambahan sebanyak RM13/bulan.

{suggest}

Berikut adalah antara yang perlu diketahui mengenai ciri ahli tambahan di Netflix.

Bagaimana Netflix mengesan isi rumah?


Pasti ada yang tertanya bagaimana Netflix mengesan isi rumah dan mereka yang tidak tinggal serumah?

Netflix Household atau isi rumah boleh ditetapkan menggunakan peranti TV. Seterusnya, peranti yang menggunakan akaun Netflix dengan sambungan internet yang sama seperti TV, secara automatik akan menjadi sebahagian daripada Netflix Household.

Bahasa mudah, setiap peranti yang digunakan perlu disambungkan internet yang sama seperti TV.

Jika Netflix Household tidak ditetapkan sekalipun, Netflix akan menetapkannya secara automatik berdasarkan alamat IP, ID peranti dan aktiviti akaun.

Selain itu, Netflix juga akan menggunakan maklumat yang sama untuk mengesan jika peranti yang dilog masuk adalah sebahagian Netflix Household atau sebaliknya.

Apa itu ahli tambahan?


Bagi pemilik akaun yang ingin berkongsi Netflix dengan mereka yang tidak tinggal serumah, Netflix menyediakan ciri ahli tambahan dengan bayaran tambahan.

Slot ahli tambahan


Perlu diketahui, hanya pelan langganan Standard dan Premium yang mempunyai sokongan ciri ahli tambahan. Bilangan slot ahli tambahan bergantung pada pelan langganan.

  • Standard: 1 slot ahli tambahan

  • Premium: 2 slot ahli tambahan


Bayaran yang dikenakan adalah RM13/bulan bagi setiap slot. Ini bermakna, jika anda menggunakan akaun Premium dan menambah 2 slot ahli tambahan, sebanyak RM26/bulan bayaran tambahan akan dikenakan kepada pemilik akaun.

Tambah ahli tambahan


Untuk menambah ahli, ia boleh dilakukan dengan pergi ke pautan ini.



Kemudian, ikut langkah seterusnya yang tertera di skrin peranti.

Batal ahli tambahan


Slot ahli tambahan boleh dibatalkan dengan pergi ke bahagian urus ahli tambahan, kemudian batalkan slot ahli tambahan.



Anda akan melihat pengesahan di bahagian atas halaman yang menyertakan tarikh akhir ahli tambahan boleh menonton Netflix. Pengesahan e-mel juga akan dihantar.

Akaun ahli tambahan


Ahli tambahan akan memiliki profil, akaun dan kata laluan sendiri, tetapi keahlian akan dibayar oleh orang yang menjemput untuk menyertai Netflix.



Ahli tambahan hanya boleh mempunyai 1 profil dan tidak boleh mencipta profil tambahan. Selain itu, ahli tambahan hanya boleh menonton Netflix pada sebarang peranti dengan hanya 1 peranti pada satu-satu masa.

Sumber: Netflix (1, 2, 3)