Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Data peribadi

e-Tunai Rakyat – Benarkah Data Peribadi Anda Terdedah?

Diterbitkan Januari 17, 2020 oleh Amalina Athman

Tular di media sosial sejak bermulanya program e-Tunai Rakyat bahawa data peribadi anda terdedah apabila menebus insentif RM30 tersebut. Namun sejauh mana kebenaran dan adakah ia sesuatu perkara baru?

Bukan perkara baru

WhatsApp Image 2020-01-17 at 11.22.39

Untuk penjelasan anda, ia bukanlah sesuatu perkara yang baru. Ini kerana, sebelum program itu berlangsung lagi, e-Dompet sudah sedia mengenakan syarat dan terma berkaitan data peribadi pengguna.

Tiga rakan kongsi e-Tunai Rakyat iaitu TNG eWallet adalah di bawah CIMB, Boost pula di bawah Axiata. Kedua-duanya merupakan perkhidmatan di bawah Khazanah, iaitu pemegang saham Grab. Terdapat pelbagai cara lain jika ada pihak yang menginginkan data peribadi anda.

Begitu juga dengan penggunaan pelbagai teknologi pada masa kini. Contohnya seperti melayari internet, media sosial, membeli belah dalam talian, membuat transaksi bagi langganan luar Malaysia dan sebagainya. Tanpa sedar, apa sahaja teknologi yang anda guna, ia disertakan terma dan syarat yang hampir sama berkaitan data peribadi ini.

data peribadi terdedah

Analogi untuk mudah difahami, dengan menggunakan teknologi yang sedia ada, anda telah mengizinkan akses kepada data peribadi anda. Ia juga bermaksud, untuk tidak membenarkannya, anda tidak boleh menggunakan teknologi atau perkhidmatan yang ada. Sejauh mana data tersebut akan digunakan, ia bergantung kepada penyedia perkhidmatan tersebut yang terikat dengan akta pengguna.

Tidak perlu risau

Ia bukanlah seperti apa yang digembar-gemburkan dan anda juga tidak perlu risau jika telah memohon atau menerima e-Tunai Rakyat tersebut. Menteri Kewangan dalam satu kenyataan menjelaskan, bukan tujuan kerajaan mewujudkan program e-Tunai Rakyat untuk mendapatkan atau menceroboh data peribadi anda. Ini kerana, jika kerajaan menginginkan data tersebut, mereka boleh mendapatkan dengan mudah hanya menerusi kad pengenalan anda.

https://www.youtube.com/watch?v=DoHnfnDrczw

Jika anda mendapati data peribadi anda disalahgunakan sehingga mengganggu kehidupan seharian, laporan boleh dibuat kepada pihak berkuasa untuk tindakan selanjutnya. Tambahan lagi, akses data yang diterima penyedia perkhidmatan tersebut masih tertakluk kepada Akta Data Peribadi 2010.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
  • Agoda Kini Ada Pembantu AI Untuk Bantu Rancang Percutian, Buat Tempahan
©2026 WISER.MY