Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
DxOMark Sudah Uji Pocophone F1, Prestasi Kamera Berada Diantara Pixel Dan iPhone 8

DxOMark Sudah Uji Pocophone F1, Prestasi Kamera Berada Diantara Pixel Dan iPhone 8

Diterbitkan Januari 30, 2019 · Dikemas kini Januari 30, 2019 oleh Helmi Samsuri

Awal Januari yang lalu, DxOmark ada mengeluarkan laporan menyatakan sejumlah 31 buah telefon pintar telah diuji sepanjang 2018 berlangsung.

Ramai yang tertanya-tanya mengapa model kegilaan ramai Pocophone F1 tidak tersenarai dalam carta penanda aras itu. Berdasarkan rumusan ujian dari DxOMark, Pocophone F1 berjaya memperoleh markah keseluruhan sebanyak 91, iaitu 92 bagi foto dan 90 bagi video.

Screenshot 2019-01-30 at 2.53.47 PM

Di dalam carta DxOMark, peranti ini terletak diatas Google Pixel (90) dan hampir menyaingi iPhone 8 (92).

Screenshot 2019-01-30 at 2.53.31 PM

Ujian memperlihatkan Pocophone F1 mempunyai ciri autofokus yang baik disamping penghasilan warna dan ketepatan exposure bagi rakaman video serta gambar. Bahagian kamera swafoto masih belum diuji lagi.

Kedudukan teratas masih lagi milik Huawei dimana pemegang terbaru adalah Huawei Mate 20 Pro dengan markah keseluruhan 109 sementara kamera selfie 75.

Ikuti ulasan bertulis kami tentang Pocophone F1 atau tonton saja video kami dibawah.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Mini PC ASUS ProArt GR1X Dengan NVIDIA RTX Spark Berharga RM25,200 Di Malaysia
  • Tiga Angkasawan Termasuk Seorang Dari Pakistan Berjaya Berlepas Ke Stesen Angkasa Tiangong
  • YTL AI Lab Lancar Cikgu ILMU, AI Percuma Bantu Ibu Bapa Bimbing Pembelajaran Anak
  • XPENG Perkenal WorldGPT, Model AI Fizikal Untuk Kereta, Robot Dan Dron
  • Kioxia Bangunkan Memori Flash Baharu, 135% Lebih Cekap Tenaga Ketika Membaca Data
  • Samsung Lancar Monitor Gaming Dengan Kadar Segar Semula 1,100Hz Pertama Di Dunia
  • Kerajaan Teliti Pindaan Undang-Undang Bagi Paparan Kad Pengenalan Secara Digital – Gobind
  • Huawei Bebas Tuduhan Jenayah Terancang Di AS, Bersalah Atas 10 Pertuduhan Lain
©2026 WISER.MY