Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
DxOMARK Sudah Uji 31 Buah Telefon Pintar Sepanjang 2018

DxOMARK Sudah Uji 31 Buah Telefon Pintar Sepanjang 2018

Diterbitkan Januari 6, 2019 oleh Helmi Samsuri

DxOMARK, sebuah platform yang menawarkan penilaian untuk kamera, kamera telefon pintar serta lensa telah berkongsi laporan mengenai ujian melibatkan telefon pintar sepanjang 2018 berlangsung.

Pelbagai model peranti dari kelas permulaan, pertengahan serta atasan telah diuji yang mana kesemuanya berjumlah 31 buah.

DxOMARK Sudah Uji 31 Buah Telefon Pintar Sepanjang 2018
Carta keseluruhan
DxOMARK Sudah Uji 31 Buah Telefon Pintar Sepanjang 2018
Carta bagi kategori Foto
DxOMARK Sudah Uji 31 Buah Telefon Pintar Sepanjang 2018
Carta bagi kategori Video

Menurut laman itu juga, buat pertama kalinya telefon pintar berjaya meraih lebih daripada 100 mata penilaian dan menyatakan 2018 sebagai tahun bagi telefon pintar dengan sistem multi-camera yakni menggabungkan lebih dari satu lensa.

Ia boleh dilihat dengan kejayaan Huawei P20 Pro(3 kamera utama) berada ditakhta carta penanda aras dengan 109 mata. Lain-lain peranti yang memperoleh mata lebih dari 100 adalah iPhone XS Max, HTC U12 Plus, Samsung Galaxy Note 9, Xiaomi Mi Mix 3, Huawei P20, iPhone XR dan terakhir sekali adalah Google Pixel 3.

Di akhir laporan juga, DxOMark menyatakan 2018 adalah tahun yang sibuk bagi mereka kerana berpindah ke lokasi baru dan tidak dapat untuk menguji lebih banyak peranti. Dengan fasiliti baru itu, mereka mereka meramalkan lebih banyak peranti akan diuji tahun ini.

Sumber: DxOMark

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY