Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
sirah nabawiyyah durioo

Durioo+ Mula Tayang Animasi Berkisahkan Sirah Nabi Mulai 25 Oktober Ini

Diterbitkan Oktober 21, 2024 · Dikemas kini Oktober 21, 2024 oleh Aminuddin Ahmad

Durioo+, salah satu platform penstriman video yang dibangunkan oleh syarikat tempatan akan mula menayangkan siri animasi berkisarkan riwayat Nabi Muhammad SAW yang berjudul Sirah Nabawiyyah mulai 25 Oktober 2024.

sirah nabawiyyah durioo

Siri animasi di bawah Durioo+ Originals ini dikatakan akan menceritakan peristiwa-peristiwa yang terjadi sebelum Rasulullah SAW lahir sehinggalah wafatnya baginda, dengan cita-cita untuk menjadikannya sebuah animasi sirah riwayat hidup baginda yang lengkap.

https://www.instagram.com/reel/DA5r-Mmyr2M/?igsh=MXVuNWl1ZmtidjZmbA

sirah nabawiyyah durioo

Bagi memastikan kisah-kisah dikongsikan adalah tepat dan berdasarkan sumber/dalil yang kukuh, Durioo bekerjasama dengan Maktabah Al-Bakri, iaitu sebuah institusi yang diasaskan oleh bekas mufti Wilayah Persekutuan iaitu Datuk Seri Mohamad Dr. Zulkifli Al-Bakri agar apa yang disampaikan dalam animasi ini adalah sahih.

sirah nabawiyyah durioo

Kami juga difahamkan bahawa Episod 1 Sirah Nabawiyyah ini kelak akan menceritakan tentang serangan tentera Abrahah ke atas Kaabah, yang terjadi sebelum lahirnya Nabi Muhammad SAW.

Berkaitan

  • 4 Aplikasi Islamik Alternatif Yang Boleh Digunakan Selain Muslim Pro
  • Durioo+ Sebuah Platform Penstriman Untuk Kanak-Kanak
  • Perbandingan Gambar: Model Ini Ternyata Lebih Berbaloi

Jika anda belum tahu, Durioo+ dibangunkan pengasas siri animasi Omar & Hana dan ia merupakan aplikasi video untuk kanak-kanak yang memfokuskan nilai-nilai Islam dan konten yang bermanfaat serta ditapis. Durioo+ boleh dilanggan dengan harga serendah RM12.90 sebulan.

Sumber: Durioo+

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY