Umum mengetahui, Muslim Pro merupakan aplikasi popular bagi menunjukkan waktu solat, arah kiblat, kalendar Hijrah, ayat-ayat Al-Quran dan sebagainya.
Pendek kata, ia dianggap sebagai aplikasi sehenti buat pengguna Muslim yang mahukan maklumat berkaitan agama Islam.
Untuk anda yang mahukan aplikasi alternatif selain dari Muslim Pro, di sini kami senaraikan 4 aplikasi yang anda boleh gunakan.
Iman / iOS
Iman merupakan aplikasi yang dibangunkan oleh pembangun tempatan Muhammad Adiman.
Selain menawarkan waktu solat, terdapat ciri lain seperti:
- Notifikasi azan
- Arah kiblat
- Carian tempat makan Halal
- Lokasi masjid
- Bacaan Al-Ma'thurat
- Tasbih
- Dan lain-lain
Aplikasi ini adalah percuma namun anda boleh juga mencuba iman Pro yang merupakan aplikasi berbayar dengan harga RM29.90. Ia adalah pembayaran sekali sahaja dan bukannya langganan secara bulanan.
Melalui versi Pro, pengguna dapat menikmati fungsi tambahan seperti widget, sokongan Siri Shortcut, tema yang boleh diubahsuai, kemaskini lokasi secara latar belakang, dan juga lain-lain.
Akan tetapi, aplikasi iman ini hanya terbatas kepada pengguna iPhone sahaja. Untuk pengguna Android, tiada versi aplikasi sama yang dibangunkan di Play Store.
Muat turun aplikasi iman untuk iOS
Muat turun aplikasi iman Pro untuk iOS
Waktu Solat Malaysia / Android, iOS
Untuk pengguna Android, anda boleh mencuba aplikasi Waktu Solat Malaysia yang dibangunkan oleh AMG Studio melalui data dari JAKIM.
Ia menawarkan pelbagai ciri islamik asas seperti:
- Waktu solat
- Arah kiblat
- Zikir Ringkas
Menariknya aplikasi ini turut mengumpulkan maklumat dan panduan ibadah solat seperti solat dhuha, solat jamak, solat tahajjud, solat hajat, dan lain-lain.
Namun masih terdapat beberapa masalah pada aplikasi ini seperti bacaan surah yang perlu dipasang secara plugin, beberapa fungsi tidak boleh memuat data, dan antaramuka yang kurang kemas secara keseluruhan.
Anda juga terpaksa menghadap jumlah iklan yang bersepah pada bahagian bawah aplikasi ini.
Muat turun aplikasi Waktu Solat Malaysia untuk Android
Muat turun aplikasi Waktu Solat Malaysia untuk iOS
mySOLAT / Android
mySOLAT merupakan aplikasi yang dibangunkan oleh kerajaan Malaysia secara khusus untuk menawarkan maklumat berkaitan ibadah solat.
Pada hemat kami, aplikasi ini agak perlahan untuk berfungsi dan antara mukanya kelihatan tidak moden dan cantik.
Mengenai ciri dan fungsi aplikasi, ia menawarkan:
- Waktu solat
- Zikir
- Kalendar
- Bacaan surah-surah pilihan / Al-Quran
- Inventori lokasi masjid di Malaysia
- Hadith / Doa
- Dan lain-lain
Muat turun aplikasi mySOLAT untuk Android
Qalby / Android
Qalby merupakan aplikasi tempatan yang dibangunkan oleh syarikat Eternal Rewards Sdn. Bhd.
Aplikasi ini menawarkan antaramuka yang lebih kemas dan menarik dan selesa mata untuk memandang.
Antara penawarannya adalah:
- Waktu Solat
- Arah kiblat
- Doa-doa harian
- Bacaan Al-Quran
Selain itu terdapat juga ciri E-Journal yang berfungsi seumpama planner dan secara tidak langsung merangkap sebuah kalendar.
Muat turun Qalby untuk Android
Rumusan
Terdapat pelbagai-pelbagai aplikasi islamik yang dibangunkan oleh pembangun diseluruh dunia. Namun begitu, jika aplikasi tersebut sama seperti Muslim Pro yang meragukan, sudah tentu kita pun tidak mahu menggunakannya.
Disebabkan itu kami hanya menyenaraikan aplikasi yang dibangunkan oleh pembangun tempatan agar integriti data aplikasi lebih terjamin.
Antara pemerhatian menarik aplikasi-aplikasi sebegini adalah di iOS, aplikasi lebih kemas dan cantik, sedangkan di Android, ia seumpama mencari jarum dalam jerami.
Adakah anda menggunakan aplikasi seperti dalam senarai? Jika tidak, kongsikan kepada kami aplikasi apakah yang anda guna tersebut.
Berkaitan
- Aplikasi Truecaller Akan Dipasang Siap-Siap Dalam Telefon Android Di Malaysia
- Microsoft Melancarkan Surface Laptop Go - Komputer Riba Surface Yang Lebih Mampu Milik
- OnePlus Nord Terima Pilihan Warna Baharu - Special Edition Gray Ash
- Google Mengumumkan App Defense Alliance Untuk Membanteras Perisian Hasad Di Google Play Store
- Permainan Mudah Alih League of Legends Akan Hadir Pada Peranti OPPO Terlebih Dahulu
- Redmi Watch Diperkenalkan - Skrin 1.4 Inci Dengan Ketahanan Bateri Sehingga 12 Hari
- Microsoft Umum Xbox Series X, Konsol Permainan Tahun 2020
- Kamera Mirrorless Full-Frame Sony A7S III Diperkenalkan
- Ini Apa Yang Akan Terjadi Jika Anda Muat Naik Gambar Sama Di Instagram Lebih Dari 300 Kali
- Tiada Lagi Kereta Dengan 100% Enjin Petrol, Lamborghini Beralih Ke Elektrik Tahun 2024