Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Dulu Steve Jobs Terfikir Untuk Memperkenalkan iPhone Nano

Posted on Ogos 20, 2021

Tahun lalu, Apple melancarkan iPhone 12 mini dimana telefon tersebut dicipta khusus buat golongan yang menggemarkan peranti bersaiz kecil. Namun, tahukah anda bahawa 10 tahun yang lalu, Apple sudah berkira-kira untuk mengeluarkan telefon bersaiz kompak.

Buat pengetahuan, Apple sekarang sedang berada dalam fasa perbicaraan kes terhadap Epic Games. Ketika memberikan dokumen-dokumen kepada mahkamah, terdapat satu emel yang mana Steve Jobs terfikir dan bercadang untuk menawarkan iPhone nano dalam satu mesyuarat pada tahun 2010.

iPod nano generasi ketujuh

Walaupun dalam agenda mesyuarat tersebut tidak membincangkan secara terperinci mengenai iPhone nano, ia berkemungkinan sebuah iPhone yang bersaiz kecil memandang ‘nano’ seperti pada siri iPod adalah peranti yang kecil.

Biarpun begitu, mungkin ada baiknya tiada siri iPhone nano. Ini kerana jualan iPhone 12 mini juga kurang memberangsangkan dan dikhabarkan iPhone 13 mini akan menjadi yang terakhir.

Sumber: verge

Foto utama: Information architect

Baca juga:

  • Apple Ada ‘Spy’ Dalam Komuniti Yang Bocorkan Maklumat Mereka
  • iPhone 13 Dengan Storan 1TB Mungkin Diumum Pertengahan September Ini
  • Apple Mungkin Perkenalkan iPod Touch Serba Baharu

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress