Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

iPhone 13 Dengan Storan 1TB Mungkin Diumum Pertengahan September Ini

Posted on Ogos 18, 2021

Khabar angin berpendapat Apple akan mengadakan acara tahunan seperti biasa pada bulan September dan dijangka barisan iPhone 13 diperkenalkan sekitar pertengahan bulan tersebut.

Selain itu, terdapat juga laporan mengatakan varian iPhone 13 Pro akan menerima pilihan storan sehingga 1TB. Ini bukanlah kali pertama kita mendengar berita sebegini.

Antara spekulasi lain yang mungkin hadir pada iPhone 13 adalah takuk yang kecil, bateri lebih besar, fungsiĀ always-on-display dan kadar penyegaran 120Hz.

Namun, ura-ura yang paling baharu adalah fungsi merakam video potret dan format video kualiti tinggi atau ProRes. Kebiasaannya ciri sebegitu pasti akan hadir untuk varian Pro sahaja. Sebab itulah ia dinamakan Pro.

Sementara itu, barisan iPhone 13 mungkin masih ditawarkan dalam empat versi seperti iPhone 12 yang mana iPhone 13 mini dikatakan adalah versi mini yang terakhir.

Buat masa sekarang, kita hanya perlu duduk dan tunggu sahaja kerana beberapa minggu sahaja lagi sebelum bulan September akan tiba.

Sumber: mydrivers

Baca juga:

  • Apple Watch 7 Mungkin Hadir Dengan Rekaan Lebih ‘Kotak”
  • AirPods Akan Datang Mungkin Bukan Untuk Dengar Lagu Sahaja
  • Mungkin Selepas Ini Semua Peranti Guna USB-C, Termasuk iPhone

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress