Apple Mungkin Perkenalkan iPod Touch Serba Baharu

Mungkin sebilangan generasi muda yang tidak tahu atau lupa tentang iPod Touch atau iPod. Peranti tersebut menjadi kegilaan semasa era telefon pintar tidak rancak seperti sekarang.

Terbaru, terdapat laporan yang mana Apple dijangka untuk memperkenalkan iPod Touch baharu pada tahun ini.

Baca juga - Apple Akan Ada Fungsi Baharu, Tak Perlu Lagi Sentuh Skrin

Berdasarkan imej yang didedahkan Steve Moser, rekaannya amat mirip dengan barisan iPhone 12. Sebenarnya, tidak pelik pun jika Apple tampil dengan rekaan sebegini.

https://twitter.com/SteveMoser/status/1395804814211272708?s=20

Ini kerana, kesemua peranti Apple yang baharu sudah mempunyai rupa bentuk sebegitu, iaitu berbentuk petak termasuklah iMac 2021.

Jika laporan ini benar, nampaknya iPod sememangnya diberi nafas baharu memandangkan rekaannya tidak menerima perubahan sejak model pada tahun 2012.

Baca juga - Apple Kongsi Video Macam Mana Aplikasi Menjejak Pengguna

Selain itu, bicu audio (headphone jack) mungkin akan terus dikekalkan pada peranti ini. Adakah lebih baik sekiranya ia menyokong audio berkualiti tinggi (Hi-Res) kerana Apple Music sudah pun menerimanya.

Walau bagaimanapun, ini hanyalah ura-ura yang mana mungkin ia tidak dikeluarkan. Namun, adakah iPod Touch masih relevan pada masa kini?

Sumber: SteveMoser via ubergizmo