Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
17 Aplikasi Android Ini Dikesan Membawa Perisian Hasad Perbankan

17 Aplikasi Android Ini Dikesan Membawa Perisian Hasad Perbankan

Diterbitkan Ogos 3, 2022 · Dikemas kini Ogos 4, 2022 oleh ariff bukhari

Pakar keselamatan dari Trend Micro mendedahkan penemuan sebanyak 17 aplikasi yang ditawarkan di dalam Google Play Store membawa perisian hasad di dalamnya.

Dijejaki sebagai DawDropper, perisian hasad ini menyebarkan perisian hasad perbankan melalui stor rasmi Google.

DawDropper menyamar dalam bentuk kategori aplikasi seperti produktiviti dan utiliti seperti pengimbas kod QR, servis VPN dan pengimbas dokumen.

Berikut adalah senarai 17 aplikasi Dawdropper yang ditemui dalam Google Play Store:-

  • Call Recorder APK (com.caduta.aisevsk)
  • Rooster VPN (com.vpntool.androidweb)
  • Super Cleaner- hyper & smart (com.j2ca.callrecorder)
  • Document Scanner – PDF Creator (com.codeword.docscann)
  • Universal Saver Pro (com.virtualapps.universalsaver)
  • Eagle photo editor (com.techmediapro.photoediting)
  • Call recorder pro+ (com.chestudio.callrecorder)
  • Extra Cleaner (com.casualplay.leadbro)
  • Crypto Utils (com.utilsmycrypto.mainer)
  • FixCleaner (com.cleaner.fixgate)
  • Just In: Video Motion (com.olivia.openpuremind)
  • com.myunique.sequencestore
  • com.flowmysequto.yamer
  • com.qaz.universalsaver
  • Lucky Cleaner (com.luckyg.cleaner)
  • Simpli Cleaner (com.scando.qukscanner)
  • Unicc QR Scanner (com.qrdscannerratedx)

17 Aplikasi Android Ini Dikesan Membawa Perisian Hasad Perbankan

Berkaitan

  • 38 Peranti Popular Android Siap Dipasang Dengan Malware
  • 'Bloatware' Menggugat Keselamatan Telefon Pintar Android
  • "Android Ada Lebih Banyak Perisian Hasad Dari iOS" - Tim Cook

DawDropper turut bertindak menyebarkan 4 lagi trojan lain termasuklah Octo, Hydra, Ermac, dan TeaBot.

Penyelidik menyatakan, perisian hasad ini berupaya mematikan ciri keselamatan Google Play Protect sekaligus mengakses peranti bagi mengumpul data mangsanya seperti nombor telefon, senarai orang hubungan, mengimbas aplikasi yang dipasang dalam peranti dan melihat mesej teks.

Ekoran itu, pengguna Android dinasihatkan supaya membuang segera aplikasi-aplikasi tersebut dari peranti jika ada memasangnya.

Sumber:  trendmicro

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • 10 Model Telefon Pintar 2026 Dengan Kamera Terbaik Menurut DXOMARK
  • 7 Pengasas Anthropic Kini Pegang Kepentingan Syarikat Bernilai Lebih RM88 Bilion Seorang
  • TikTok Lancar Ciri Kesan Deepfakes Bantu Pengguna Kenal Pasti Kandungan AI
  • Pengguna Canva Kini Boleh Matikan Ciri AI Generatif, Hadkan Kandungan Dijana AI
  • Yoghurt Beku (Yobe) Kini Terus Ke Rumah Anda Dengan foodpanda
  • Singapura Mula Tanggalkan Gantri ERP, Caj Jalan Raya Guna Satelit Mulai 1 Januari 2027
  • 3 Headphone ANC Bawah RM600
  • Ribuan Pekerja Anthropic Kini Jadi Jutawan Selepas Disenarai Di Wall Street
©2026 WISER.MY