Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
snapdragon

Dua Telefon Pintar Ini Sah Guna Snapdragon 865+

Diterbitkan Julai 8, 2020 oleh Helmi Samsuri

Hari ini, Qualcomm telah mengumumkan secara rasmi cip pemprosesan terbaharu mereka iaitu Snapdragon 865+. Ia membawakan peningkatan pada kelajuan teras “Prime” iaitu 3.1GHz berbanding Snapdragon 865 dengan 2.84GHz serta beberapa peningkatan prestasi yang lain.

Sebelum ini, anda mungkin sedia mendengar khabar berita tentang peranti-peranti terawal yang akan dikuasakan cip pemprosesan ini. Peranti dimaksudkan adalah ROG Phone 3 dan Lenovo Legion.

Desas-desus yang dibualkan itu nampaknya kini sudah disahkan berdasarkan hebahan berita dari Qualcomm. Memetik kenyataan (melalui Qualcomm),Bryan chang, Pengurus Besar Telefon Pintar ASUS, ROG Phone 3 akan tampil dengan Snapdragon 865+ dan spesifikasi penuh model itu akan diumumkan pada minggu yang mendatang.

Dalam berita yang sama, Jerry Tsao, Timbalan Presiden Kumpulan Permainan Lenovo pula menyatakan sub-jenama permainan mereka iaitu Legion akan membuka lembaran baru dalam pasaran mudah alih pula. Penawaran itu yang digandingkan dengan Snapdragon 865+ bakal memberikan pengalaman terbaik untuk permainan mudah alih 5G.

Menurut Qualcomm, peranti-peranti terawal yang dilengkapkan dengan Snapdragon 865+ akan muncul sekitar suku ketiga tahun ini.

Sepertimana yang kita telah ketahui, ROG Phone 3 sudah mengesahkan acara pengenalan pada 22 Julai ini. Sementara itu, masih belum kedengaran lagi tentang tarikh sebenar pelancaran Lenovo Legion tetapi ia bakal diadakan pada bulan ini juga.

Sumber: Qualcomm

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY