Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Kajian Mendapati Peranti Android Lebih Bermasalah Daripada iOS

iPhone Kekal Lebih Bernilai Berbanding Android Untuk 4 Tahun Berturut – Turut

Diterbitkan April 3, 2023 oleh ariff bukhari

Berdasarkan kepada laporan dari kajian yang dijalankan oleh bankmycell, untuk 4 tahun berturut-turut telefon pintar keluaran Apple iaitu iPhone kekal lebih bernilai berbanding telefon pintar Android.

Menurut bankmycell, dari tahun tahun pertama hingga ke-4 dari keluaran, purata kerugian tahunan iPhone baharu adalah sebanyak -14.80% daripada nilai tukar beli asalnya, manakala kehilangan nilai tukar beli dari harga asal bagi peranti Android adalah sebanyak -32.18%.

Antara tahun 2021 sehingga 2022, purata kerugian nilai tukar beli bagi iPhone adalah  -21.93%.

Tetapi purata kerugian nilai tukar beli bagi telefon pintar Android pula mencecah sehingga -39.17% dengan nilai tukar beli bagi telefon pintar Samsung adalah yang terendah.

iPhone Kekal Lebih Bernilai Berbanding Android Untuk 4 Tahun Berturut – Turut

bankmycell menyatakan, pengguna dengan peranti iOS boleh menjangkakan pulangan tukar beli yang selesa dalam tempoh 12-36 bulan pertama keluarannya dengan iPhone hanya kehilangan sebanyak -33.95% daripada nilai beli balik asalnya menjelang akhir tahun ketiga.

Sebagai perbandingan, peranti Android flagship pula mengalami purata kehilangan sebanyak -67.87% dalam tempoh yang sama, dengan susut nilai tahun ke tahun secara konsisten mencatatkan purata kehilangan sehingga dua kali ganda berbanding iPhone.

Berkaitan

  • iPhone Lebih Bernilai Berbanding Telefon Pintar Android - Kajian
  • 7 Sebab Telefon Ini Patut Jadi Telefon Raya Anda
  • Siri Tecno Spark 10 Rasmi Di Malaysia Pada Harga Permulaan RM599, Ada Kamera 50MP

Sumber: bankmycell

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY