Dua Model iPhone 12 6.1 Inci Mungkin Akan Dilancar Terlebih Dahulu

Apple dijangka akan memperkenalkan empat model iPhone 12 pada tahun ini.  Namun, Apple menyatakan pelancaran iPhone 12 akan mengalami kelewatan berbanding tahun sebelumnya yang diadakan pada September.

Menerusi laporan terbaru DigiTimes, dikatakan dua model iPhone dengan saiz 6.1 inci akan dilancarkan terlebih dahulu. Ia bukanlah kali pertama kerana pada Ogos lalu DigiTimes telah melaporkan perkara yang sama.

Bagaimanapun, DigiTimes sekali lagi mengulangi semula dakwaan itu, berikutan masa penghantaran SLP (substrate-like PCB) untuk peranti tersebut.

"The new ‌iPhone‌ lineup may arrive in two stages, with two 6.1-inch models in the first and another two 6.7- and 5.4-inch devices in the second, said the sources, noting that shipments of SLP mainboards for the 6.1-inch models were kicked off in July and those for the 6.7- and 5.4-inch ones began in the second half of August."

https://twitter.com/markgurman/status/1302685752485003264

Dalam pada itu, Mark Gurman turut menyatakan Apple mungkin akan mengumumkan tarikh pelancaran iPhone 12 pada minggu ini.

Sumber: DigiTimes via GizmoChina