Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
app store_4

Apple Dilapor Tidak Bercadang Tambah Lebih Banyak Iklan Pada iPhone Ketika Ini

Diterbitkan November 14, 2022 oleh Amalina Athman

Dalam laporan terbaru, Apple dikhabarkan tidak bercadang untuk menambah lebih banyak iklan pada iPhone, dan berpuas hati dengan pertumbuhan hasil semasa.

Menurut 9to5Mac, perkara ini sedikit bercanggah dengan laporan Bloomberg sebelum ini yang menyatakan Apple menyasarkan kepada pendapatan tiga kali ganda daripada perniagaan iklannya.

Berkaitan

  • iPhone Dijangka Akan Papar Lebih Banyak Iklan
  • Apple Akan Tambah Lebih Banyak Iklan Di App Store Bermula Minggu Depan

Terdahulu, Apple pada bulan lalu telah melancarkan dua tempat iklan baharu di App Store, iaitu melalui tab Today dan di bahagian bawah halaman produk aplikasi pembangun lain.

Akan tetapi, ia menimbulkan kontroversi apabila pembangun mengadu mengenai bilangan iklan kasino dan perjudian yang dipaparkan di sebelah aplikasi mereka. Bagi isu tersebut, Apple telah pun menghentikan paparan kategori itu buat sementara waktu.

Sebagai tambahan, Apple juga telah dikritik oleh industri pengiklanan kerana pelancaran dasar App Tracking Transparency (ATT), yang mengurangkan kuasa rangkaian iklan pihak ketiga untuk berkongsi data pengguna. Kumpulan berkenaan berpendapat Apple memperkenalkan dasar itu semata-mata untuk meningkatkan daya tarikan rangkaian iklan App Store sendiri yang lebih menarik, dan menghapuskan pesaing.

Bagaimanapun, eksekutif Apple telah menafikan perkara itu dan menyatakan privasi dan pengalaman pengguna adalah keutamaannya. Laporan daripada The Information juga menyokong perkara itu, di mana Ketua Pengiklanan Apple Todd Teresa dilaporkan tidak terlibat dalam keputusan untuk menggunakan ATT.

Sumber: 9to5Mac

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY