Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iPhone 15 predict

Pelancaran iPhone 15 Mungkin Ditangguh Sehingga Oktober

Diterbitkan Julai 20, 2023 · Dikemas kini Julai 20, 2023 oleh Amalina Athman

Penganalisis Bank of America (BofA), Wamsi Mohan yang sebelum ini meramalkan dengan betul bahawa iPhone 12 tidak akan dijual pada September 2020, kini menjangkakan iPhone 15 mungkin mengalami kelewatan yang serupa.

Berkaitan

  • Ura-Ura: Lebih Besar, Mungkin Ini Kapasiti Bateri Siri iPhone 15
  • iPhone 15 Pro Max Dijangka Akan Lebih Mahal
  • iPhone 15 Pro Mungkin Hadir Dengan Pilihan Warna Biru

Dalam nota penyelidikan, Mohan berkata pelancaran iPhone 15 mungkin ditangguhkan dalam “beberapa minggu”. Berbanding kebiasaan pada September, pelancaran itu sebaliknya dijangka akan memasuki suku keempat, iaitu di antara Oktober hingga Disember.

Dalam pada itu, Mohan kini melihat pendapatan suku ketiga sebanyak $87.1 bilion, jauh di bawah konsensus pada $91.6 bilion. Penganalisis itu turut menjangkakan jualan 48 juta unit iPhone bagi suku ketiga, iaitu di bawah ramalan 51 juta.

Berbalik kepada konteks, Mohan tidak memberikan sebab bagi dakwaan kelewatan pelancaran siri iPhone 15. Juga, tiada petunjuk daripada sumber lain yang menyatakan bahawa siri iPhone baharu itu tidak akan dilancarkan pada September.

Lanjutan itu, masih belum diketahui jika jangkaan tersebut adalah tepat atau sebaliknya. Tambahan pula, Apple mungkin akan mengubah rancangannya mengikut keadaan tertentu.

Sumber: MacRumors

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri HUAWEI WATCH 6 Rasmi, Harga Bermula RM1,799
  • Inovasi Pelajar MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi Dinobatkan Sebagai Juara Junior Innovathon 2026
  • Portal Sekolahku Himpunkan Maklumat Sekolah Seluruh Negara Dalam Satu Platform
  • Guna AI Cari Kelemahan PS5, Penggodam Terima AS$50,000 Daripada Sony
  • Mini PC ROG Dengan RTX 5090 Ini Boleh Anda Milikinya Pada Harga RM38,759
  • Navigasi TuJu Belum Pulih, Kini Arahkan Pengguna Android Ke Google Maps
  • China Berjaya Sambungkan 'Power Bank' Karbon Dioksida Mampat Ke Grid Elektrik
  • Kekurangan RAM Dijangka Berlarutan Hingga 2030, Harga Peranti Mungkin Kekal Tinggi
©2026 WISER.MY