Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iPhone 12 mini pengeluaran

Apple Dilapor Akan Hentikan Pengeluaran Salah Satu Model iPhone 12 Pada Suku Kedua 2021

Diterbitkan Februari 8, 2021 ยท Dikemas kini Februari 8, 2021 oleh Amalina Athman

Pada Oktober tahun lalu, Apple telah pun melancarkan 4 model dalam siri iPhone 12 yang terdiri daripada iPhone 12, iPhone 12 mini, iPhone 12 Pro, iPhone 12 Pro Max. Daripada 4 model tersebut, iPhone 12 mini hadir dengan saiz yang lebih kecil serta harga yang lebih berpatutan.

iphone 12 oled

Terkini, laporan terbaru dari JP Morgan Case meramalkan Apple akan menghentikan pengeluaran iPhone 12 mini seawal suku kedua 2021. Dengan mengambil kira penjualan peranti itu yang kurang memberangsangkan serta mempunyai permintaan yang sangat lemah, ianya bukanlah perkara yang mengejutkan.

Bagaimanapun, jika laporan ini benar, iPhone 12 mini akan menjadi peranti dengan penjualan paling singkat dalam sejarah penjualan iPhone.

Di sisi yang lain, iPhone 13 dijangka akan dilancarkan pada suku kedua 2021. Laporan ini adalah selari seperti yang didedahkan oleh penganalisis terkenal Ming-Chi Kuo, di mana ia mengatakan pengeluaran model iPhone 13 dijangka akan kembali dijadualkan seperti biasa.

Sumber: Gizmo China

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY