Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iPhone SE Plus Dengan Cip A14 Bionic Dijangka Hadir Separuh Kedua 2021

iPhone SE Plus Dengan Cip A14 Bionic Dijangka Hadir Separuh Kedua 2021

Diterbitkan Januari 21, 2021 oleh Amalina Athman

Pada April tahun lalu, Apple telah pun melancarkan generasi baharu iPhone SE 2020 sebagai ganti iPhone SE (2016). Ia dijana cip A13 Bionic yang merupakan cip sama digunakan pada siri iPhone 11 sebelum ini.

Mengenai pelancaran iPhone SE untuk 2021, penganalisis Ming-Chi Kuo sebelum ini menyatakan Apple tidak merancang untuk memperkenalkan model iPhone SE baharu pada separuh pertama tahun ini.

Terbaru, ura-ura mengatakan Apple akan melancarkan model iPhone SE Plus pada separuh kedua tahun ini. Ia dikatakan bukan sahaja hadir dengan naik taraf cip pemproses, malah skrin yang lebih besar.

Menurut laporan dari @aaple_lab di Twitter, iPhone SE Plus akan hadir dengan skrin berukuran 6.1-inci serta sokongan butang fizikal Touch ID. Untuk kamera, ia dijangka akan dilengkapi dengan kamera belakang tunggal 12MP dan 7MP swafoto.

iPhone SE Plus
– Display: 6.1" (IPS)
– Chip: Apple A14 (A13) Bionic
– Camera: Main: 12Mp (iSight), Sefie 7Mp (FaceTime HD)
– Features: 6 Portrait Light effect / OIS / Smart HDR 3 / IP67 / Color (Black / Red / White?)
– Security: TouchID in Home Button
– Price: ≈499$ / ≈589€ pic.twitter.com/wQkz19QYoL

— Kostiantyn Konovalov (@aaple_lab) January 19, 2021

Lebih menarik, iPhone SE Plus dikhabarkan bakal menggunakan cip A14 Bionic, iaitu cip yang sama digunakan pada siri iPhone 12. Juga, terdapat sokongan penarafan kalis air IP67 yang akan dimuatkan pada peranti ini.

Buat masa ini, tidak dapat dipastikan jika laporan tersebut adalah tepat. Sehingga itu, nantikan sahaja lebih banyak mengenainya dari semasa ke semasa.

Sumber: GizChina

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY