Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Bekas Teman Lelaki Didakwa ‘Stalk’ Guna AirTag, Wanita Saman Apple

Bekas Teman Lelaki Didakwa ‘Stalk’ Guna AirTag, Wanita Saman Apple

Diterbitkan Disember 6, 2022 ยท Dikemas kini Disember 6, 2022 oleh Amalina Athman

Apple kini dilapor menghadapi tuntutan di mahkamah persekutuan di San Francisco oleh dua wanita, yang mana salah seorang daripadanya mendakwa bekas teman lelakinya telah menggunakan AirTag untuk menjejaki tanpa persetujuannya.

Berkaitan

  • Apple AirTag Bantu Polis Kesan Bagasi Berharga Yang Dicuri Di Lapangan Terbang
  • Apple Lancar Kemas Kini Baharu AirTag, Mudah Kesan AirTag Yang Tak Diketahui

Wanita itu mendakwa bekas teman lelakinya telah meletakkan AirTag di sekitar tayar kereta, yang sekali gus membolehkan lokasinya diketahui.

Sejak Apple melancarkan AirTag pada 2021, penggunaannya telah menimbulkan kebimbangan dalam kalangan kumpulan yang mementingkan privasi dan penguatkuasaan undang-undang bahawa penjejak tersebut boleh disalahgunakan.

Sebagai usaha untuk melindungi daripada penjejakan yang tidak diingini, Apple telah membina beberapa perlindungan. Bagaimanapun, menurut tuntutan undang-undang baharu itu, perlindungan tersebut “tidak mencukupi”.

Tuntutan itu, yang difailkan pada hari Isnin, mendakwa bahawa perlindungan yang ada, termasuk memberi amaran kepada pengguna iPhone jika AirTag yang tidak diketahui didapati mengikuti mereka, dikatakan

sangat tidak mencukupi, dan tidak berbuat banyak, jika ada, untuk memberi amaran segera kepada individu jika mereka sedang dijejaki.

Sementara itu, seorang wanita lain dalam tuntutan mahkamah mengatakan suaminya meletakkan AirTag dalam beg galas anaknya untuk menjejakinya. Kedua-dua wanita itu meminta jumlah ganti rugi yang tidak ditentukan dan menuduh Apple mengeluarkan produk yang tidak selamat.

Pada 2021, Apple menegaskan AirTag direka untuk membantu orang ramai mencari barang peribadi mereka, bukan untuk menjejaki orang atau harta orang lain, dan pihaknya mengecam sekeras-kerasnya sebarang penyalahgunaan produk mereka.

Terdahulu, AirTag dilapor telah membantu pihak polis Florida, AS untuk mengesan bagasi yang hilang.

Gambar utama: THV11

Sumber: MacRumors

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY