Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
acer swift 16 AI

Dua ‘Laptop’ Baharu Siri Acer Swift Kini Di Malaysia, Harga Bermula RM3,799

Diterbitkan April 9, 2025 · Dikemas kini April 9, 2025 oleh Amsyar Latif

Acer Malaysia secara rasmi melancarkan dua komputer riba baharu dalam siri Swift iaitu Swift 16 AI dan Swift Lite 14.

Kedua-dua peranti ini dilengkapi cip pemproses Intel Core Ultra, menampilkan prestasi tinggi, hayat bateri lama, dan fungsi pintar berasaskan AI bagi memenuhi keperluan profesional, pencipta, serta pengguna harian.

Acer Swift 16 AI menonjolkan reka bentuk premium aluminium dengan paparan OLED 16 inci, berkuasa tinggi melalui Intel Core Ultra 7, serta dilengkapi teknologi AI canggih seperti Acer PurifiedVoice, Acer PurifiedView, Acer User Sensing 2.0 dan Multi Screen Assistance.

acer swift 16 AI
WhatsApp Image 2025-04-09 at 11.37.38-2
WhatsApp Image 2025-04-09 at 11.37.38
WhatsApp Image 2025-04-09 at 11.37.39-2

Ia tersedia pada harga RM5,699, dengan promosi hadiah SanDisk DualDrive 256GB bernilai RM199 untuk pembelian sebelum 23 April 2025.

Acer Swift Lite 14 pula ringan dengan berat hanya 999g, menyediakan kemudahan mudah alih serta hayat bateri sehingga 10 jam, sesuai untuk pelajar dan pengembara.

Ia boleh didapati dalam warna Light Silver dan Nude Pink bermula pertengahan April dengan harga dari RM3,799. Pembelian awal sebelum 30 April 2025 menerima tetikus tanpa wayar Bubble Acer bernilai RM79.

Sempena pelancaran ini, Acer Malaysia turut mengadakan Kempen Ganjaran Terhebat, menawarkan kredit eWallet Touch n’ Go bernilai sehingga RM150 bagi pembelian peranti terpilih.

Pembeli Swift 16 AI dan Swift Lite 14 layak menebus RM100 dan RM80 masing-masing melalui laman web rasmi kempen.

Berkaitan

  • Bajet Bawah RM1700, Anda Mungkin Tak Menyesal Beli Redmi Note 14 Pro+ 5G
  • Acer Melancarkan 4 Monitor 'Gaming' Harga Bawah RM900
  • Acer Aspire 14 AI Baharu Dilancarkan Di Malaysia, Harga Bermula RM3,999

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY