Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Aspire 14 AI_PR Banner_1280x672px

Acer Aspire 14 AI Baharu Dilancarkan Di Malaysia, Harga Bermula RM3,999

Diterbitkan Februari 21, 2025 ยท Dikemas kini Februari 21, 2025 oleh ariff bukhari

Di awal tahun 2025 ini, Acer melancarkan model terbaru komputer riba Aspire 14 AI di Malaysia.

Menggabungkan prestasi yang dipacu AI, Aspire 14 AI dikuasakan oleh cip Intel Core Ultra Siri 2 dengan prestasi AI melebihi 40 TOPS dan grafik dipacu Intel Arc, ia mampu menangani tugasan berat dengan mudah.

Skrin OLED 14 inci WUXGA dengan nisbah 16:10 menawarkan visual yang terang dan luas tapi masih seringan 1.4kg dan senipis 16.9mm dengan bateri yang mampu bertahan sehingga 20 jam.

Acer Aspire 14 AI 2025

Antara ciri utama lain Acer Aspire 14 AI adalah terbina dengan ciri AcerSense untuk penyesuaian sistem pantas, Acer Purified Voice dengan pengurangan bunyi AI, serta sambungan HDMI 2.1 dan dua USB-C.

Acer Aspire 14 AI hadir dalam dua konfigurasi: Intel Core Ultra 7 (32GB RAM, 1TB SSD) pada RM4,699 dan Intel Core Ultra 5 (16GB RAM, 512GB SSD) pada RM3,999, tersedia di eKedai Acer, Shopee, Lazada, dan pengedar rasmi Acer.

Acer Aspire 14 AI_PR Banner_HighRes (1)
Sempena pelancaran ini, para pelanggan yang membuat pembelian komputer riba Aspire 14 AI sebelum 7 Mac 2025 akan menerima Sandisk Type-C 256GB Dual Drive bernilai RM169.

Beli Acer Aspire 14 AI dari stor rasmi:

  • Shopee – https://invl.io/clmg72i
  • Lazada – https://invol.co/clmg72s

Berkaitan

  • Tablet Terbaru Huawei Ini Ada Kuasa Produktiviti Setanding PC, Ini Rahsianya
  • OPPO Find N5 Rasmi, Telefon Lipat Nipis Dengan Harga RM7,999
  • Acer Melancarkan 4 Monitor 'Gaming' Harga Bawah RM900

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kerajaan Larang Penjawat Awam Guna Aplikasi Navigasi Waze - Berkuat Kuasa Serta-Merta
  • Kapal Angkasa Jepun Dalam Perjalanan Ke Bulan Planet Marikh, Dijangka Tiba Ogos 2027
  • Xbox Generasi Baharu Dilapor Mungkin Berharga Sehingga AS$1,800
  • Jualan Tiket Bas Ekspres Hanya Melalui Terminal Berlesen Mulai 1 November
  • Pusat Data Google Cloud Terputus Bekalan Tenaga, Urusan Bank Di UK Terjejas
  • DJI Osmo Pocket 4P Pearl White Kini Dijual Di Malaysia, Harga RM2,419
  • Antigravity Lancar Alat Kawalan Dan Aksesori Baharu Bagi Dron A1
  • Saham Jatuh, Pelabur Netflix Semakin Bimbang
©2026 WISER.MY