Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Dua Kerentanan Keselamatan Diceroboh, Microsoft Beri Amaran Kepada Pengguna Windows

Dua Kerentanan Keselamatan Diceroboh, Microsoft Beri Amaran Kepada Pengguna Windows

Diterbitkan Mac 24, 2020 oleh Amalina Athman

Microsoft memberi amaran kepada pengguna Windows mengenai serangan yang disasarkan secara aktif untuk mengeksploitasi dua kerentanan yang terdapat pada Windows dan memberi kesan kepada semua versi Windows yang menyokong.

Kerentanan itu terdapat pada Windows Adobe Type Manager Library, dimana ia membenarkan aplikasi untuk menguruskan dan memasang fontĀ yang tersedia daripada Adobe Systems. Penceroboh mungkin boleh mengeksploitasi kerentanan tersebut dengan mendapatkan sasaran mereka untuk membuka dokumen atau melihatnya dalam Preview Pane Windows.

Microsoft kini sedang berusaha untuk memperbaiki kelemahan tersebut dan dijangka akan dilepaskan melalui kemaskini pada 14 April nanti. Dalam pada itu, Microsoft juga telah memberi beberapa panduan kepada pengguna untuk mengurangkan risiko serangan itu.

Dua Kerentanan Keselamatan Diceroboh, Microsoft Beri Amaran Kepada Pengguna Windows

Pertama, pengguna Windows dinasihat untuk nyahaktif Preview Pane dan Details Pane pada Windows Explorer. Seterusnya, nyahaktif perkhidmatan WebClient dan namakan semula ATMFD.DLL.

Langkah-langkah bagi setiap cara tersebut boleh dilakukan melalui pautan ini.

Sumber: Engadget

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY