Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
dron aonic 2

Dron Pertanian 50L Pertama Buatan Malaysia Dilancar

Diterbitkan Oktober 1, 2025 · Dikemas kini Oktober 1, 2025 oleh ariff bukhari

Aonic, syarikat teknologi dron tempatan melancarkan Mist Tec 50 di DroneTechAsia 2025.

Mist Tec 50 ialah dron pertanian berkapasiti 50 liter yang direka sepenuhnya oleh bakat tempatan, dari reka bentuk hingga integrasi perisian.

Dron ini disokong oleh ekosistem perisian Aonic: Airamap Desktop dan Mist Flight App.

Airamap menawarkan analitik AI untuk pemantauan tanaman dan pengurusan ladang, manakala Mist Flight App menyediakan penstriman video langsung dan data telemetri.

dron aonic 1
Yang Berhormat (YB) Tuan Liew Chin Tong, Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan & Perindustrian merasmikan pelancaran Mist Tec 50 di DronTech Asia 2025.

Aonic telah berkhidmat di lebih sejuta hektar tanah di Asia Tenggara, disokong oleh 300 pakar dan 40 pusat servis.

Melalui Drone Academy Asia, lebih 3,500 juruterbang dron telah dilatih, memperkukuh tenaga kerja industri.

Inisiatif Aonic Flex pula menyediakan pembiayaan fleksibel untuk dron dan input pertanian, dengan lebih RM20 juta telah disalurkan.

Berkaitan

  • 5 Syarikat Teknologi Tempatan Yang Mungkin Anda Tak Tahu Wujud Tapi Popular - Bah.1
  • ‘Trade-In’ Dengan Maxis, Dapat Telefon Baru Dari RM0
  • Lockheed Martin Perkenal Dron Tempur Halimunan Vectis™

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • 3 Digital Audio Player Bawah RM400
  • Senario Terburuk Krisis Iklim Di Asia Selatan, 40.5 Juta Penduduk Berisiko Jadi Pelarian Menjelang 2050
  • Genting Dan Huawei Akan Bersama Bangunkan Bandar Pintar Teknologi Di Johor
  • RAM Mahal? 8GB Sudah Cukup Untuk PC Windows 11 - Microsoft
  • Sony Walkman Baharu Dipacu Android Dilancar Pada Harga ~RM11,750
  • UUM Lancar Perkhidmatan Bas Elektrik Bernilai RM1.2 Juta
  • Tesla Roadster Dilancar, Tempahan Di Malaysia Bermula RM21,000
  • Proton e.MAS, TVETMARA Iktiraf Juruteknik EV Dan Penasihat Servis Terbaik
©2026 WISER.MY