Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Digital Nasional Berhad_01

DNB Aktifkan Liputan 5G Dalam Bangunan Di Pavilion Kuala Lumpur

Diterbitkan Mei 5, 2026 ยท Dikemas kini Mei 5, 2026 oleh Amalina Athman

Digital Nasional Berhad (DNB) kini telah mengaktifkan liputan 5G dalam bangunan di Pavilion Kuala Lumpur, membolehkan pengguna menikmati sambungan 5G yang lebih stabil dan konsisten di dalam pusat beli-belah itu.

Menurut DNB, langkah ini merupakan sebahagian daripada usaha mempercepatkan pelaksanaan In-Building Solutions (IBS) yang kini sudah meliputi 72 lokasi utama di seluruh negara, termasuk KLIA, KLIA2, Lapangan Terbang Antarabangsa Senai dan Pulau Pinang, KL Sentral, hospital utama seperti IJN dan PPUM serta Pusat Transformasi Bandar (UTC) di seluruh negara.

Pelaksanaan ini dibuat dengan kerjasama rakan pengendali rangkaian mudah alih (MNO), pemilik bangunan serta sokongan peruntukan spektrum oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Dalam kenyataan berasingan, CelcomDigi yang turut menyertai pelancaran ini berkata perkhidmatan 5G dalam bangunan membantu meningkatkan sambungan di ruang tertutup yang biasanya terjejas akibat struktur bangunan dan kepadatan pengguna.

Dengan adanya 5G dalam bangunan, pengguna boleh menikmati pengalaman yang lebih lancar termasuk akses Internet lebih stabil, penstriman tanpa gangguan serta penggunaan aplikasi dan pembayaran digital yang lebih baik.

CelcomDigi, yang menggunakan rangkaian borong DNB, akan terus memperluaskan liputan 5G dalam bangunan ke lebih banyak lokasi komersial dan perusahaan di seluruh negara.

Berkaitan

  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • CelcomDigi, Maxis Bayar RM327.87 Juta Ambil Alih Saham MoF Inc Dalam DNB
  • U Mobile Diiktiraf Malaysia Book of Records Bagi Pelancaran Rangkaian 5G Terpantas

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY