Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
fahmi fadzil kkd kementerian komunikasi digital (1)

DNB Perlu Jelaskan Pernyataan Berhubung Peratus Liputan Rangkaian 5G – Fahmi Fadzil

Diterbitkan Januari 4, 2023 · Dikemas kini Januari 4, 2023 oleh Amalina Athman

Melalui siaran media yang dikeluarkan pada Isnin, Digital Nasional Berhad (DNB) mengumumkan pelaksanaan rangkaian 5G di Malaysia telah mencecah hampir 50% liputan di kawasan berpenduduk (COPA) pada akhir 2022.

Terbaharu, Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil telah meminta DNB untuk menjelaskan bagaimana mereka mencapai angka peratusan tersebut. Tambahnya, ketika ini Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) juga masih belum mengesahkan maklumat itu.

Berkaitan

  • DNB Keluar Kenyataan Selepas Kontrak 5G Diarah Disemak Semula
  • Rangkaian 5G Hanya Ada Di Putrajaya Dan Cyberjaya? DNB Respons Pernyataan Maxis
  • DNB: Liputan Rangkaian 5G Di Malaysia Hampir Cecah 50%, Lepasi Sasaran Awal

Berikutan itu, Fahmi telah memberikan teguran kepada DNB untuk tidak sepatutnya menerbitkan peratusan liputan rangkaian 5G sebelum menerima pengesahan daripada MCMC.

I think @DNB_Official must explain how they arrived at these figures.@MCMC_RASMI has not yet verified this info.

Next time I don’t think DNB should publish prior to verification. https://t.co/JHjCipq6LJ

— Fahmi Fadzil 🇲🇾 (@fahmi_fadzil) January 3, 2023

Terdahulu, DNB turut memaklumkan rangkaian itu telah mencecah kira-kira 15 juta penduduk dengan 3,900 tapak yang tersedia serta mencapai lebih 90% COPA di seluruh Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor.

Sumber: Fahmi Fadzil

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Mini PC ASUS ProArt GR1X Dengan NVIDIA RTX Spark Berharga RM25,200 Di Malaysia
  • Tiga Angkasawan Termasuk Seorang Dari Pakistan Berjaya Berlepas Ke Stesen Angkasa Tiangong
  • YTL AI Lab Lancar Cikgu ILMU, AI Percuma Bantu Ibu Bapa Bimbing Pembelajaran Anak
  • XPENG Perkenal WorldGPT, Model AI Fizikal Untuk Kereta, Robot Dan Dron
  • Kioxia Bangunkan Memori Flash Baharu, 135% Lebih Cekap Tenaga Ketika Membaca Data
  • Samsung Lancar Monitor Gaming Dengan Kadar Segar Semula 1,100Hz Pertama Di Dunia
  • Kerajaan Teliti Pindaan Undang-Undang Bagi Paparan Kad Pengenalan Secara Digital – Gobind
  • Huawei Bebas Tuduhan Jenayah Terancang Di AS, Bersalah Atas 10 Pertuduhan Lain
©2026 WISER.MY