Hanya sebesar telefon pintar apabila dilipat, syarikat pengeluar tersebut memfokuskan penambahbaikan terhadap prestasi penerbangan serta kualiti rakaman.
Dron ini dibekalkan dengan sensor CMOS 12MP 1/2.3 inci yang berupaya membuat rakaman video 4K pada kadar 24fps atau 30fps dan juga ciri gerak perlahan beresolusi 1080p dengan kadar 120fps.
DJI juga dikatakan menambah baik prestasi penerbangan supaya ia lebih selamat dan mudah diterbangkan walaupun pengawal itu baru menggunakannya.
Model ini juga dilengkapi dengan fungsi gerak isyarat tangan yang baik dimana ia boleh memberi respon sejauh 6 meter.
Bateri Mavic Air mampu menjana kuasa sehingga 21 minit masa penerbangan dengan kelajuan sehingga 68 km/j. Mempunyai kapasiti ruangan simpanan bersaiz 8GB serta sokongan kad mikroSD dan port USB-C.
Dron ini dipasarkan di Amerika Syarikat pada harga $799 (RM3129.28) dan untuk pasaran tempatan, masih belum dapat dipastikan bila penawarannya akan dibuat.
https://www.youtube.com/watch?time_continue=4&v=uF-WXHwzURs
Sumber: DJI
Berkaitan
- Xiaomi Black Shark 2 Mungkin Dipanggil Sebagai Black Shark Helo
- Beberapa Pengguna CIMB Mengadu Wang Mereka Ditolak Melalui Transaksi PayPal
- Gempar! Xiaomi Memasang Aplikasi Tanpa Pengetahuan Anda
- FreeBuds Studio, Fon Kepala Pertama Dari Huawei Berharga RM1199
- OPPO A92 Diperkenalkan Di Malaysia, Berharga RM1199
- Muslim Pro Malaysia Muncul Sebagai Aplikasi Popular Ramadan Ini
- Apple Bakal Umum iPhone Terbaru 12 September Ini
- 5 Syarikat Pengeluar Telefon Pintar Utama Bagi Suku Ke-3 2017
- Program #EveryonCanSell Bantu Peniaga Menjual Secara Dalam Talian Di Lazada
- Black Shark Malaysia Adakan Promosi 2 Hari, Beli Black Shark 3 Pada Harga RM2649