Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Elsa frozen

Disney Dan Universal Saman Midjourney Kerana Cetak Rompak Watak Elsa

Diterbitkan Jun 13, 2025 · Dikemas kini Jun 13, 2025 oleh ariff bukhari

2 syarikat hiburan gergasi, Disney dan Universal telah memfailkan saman terhadap syarikat kecerdasan buatan (AI) Midjourney kerana didakwa menciplak karya mereka.

Midjourney ialah perkhidmatan penjana imej AI yang dituduh menggunakan watak popular seperti Darth Vader (Star Wars), Elsa (Frozen) dan Minions (Despicable Me) tanpa kebenaran.

Saman ini difailkan di mahkamah persekutuan Los Angeles dan merupakan tindakan undang-undang besar pertama oleh studio Hollywood terhadap syarikat AI.

Mereka mendakwa Midjourney melatih sistem AI mereka dengan menggunakan imej dan watak milik Disney dan Universal, lalu menghasilkan semula versi imej yang hampir sama, tanpa membayar sebarang royalti.

Disney dan Universal berkata mereka sudah cuba berunding dengan Midjourney sebelum ini, tetapi syarikat AI itu mengabaikan permintaan mereka.

Malah, Midjourney terus menaik taraf teknologinya dan menjana keuntungan besar — sebanyak AS$300 juta tahun lalu melalui langganan berbayar.

Antara bukti yang dikemukakan termasuk imej AI Yoda dengan lightsaber, Bart Simpson menunggang papan selaju, Groot, dan Shrek yang dihasilkan tanpa kebenaran pemilik asal.

Kini, Disney dan Universal menuntut pampasan kewangan dan mahu mahkamah menghalang Midjourney daripada terus menggunakan kandungan mereka tanpa lesen sah.

Berkaitan

  • Jom Rebut iPad Percuma, Hanya Naik Taraf Unifi Sekarang
  • Ninja Van Pun Jadi Sasaran Scammer, 40% Kes Tertumpu Di Lembah Klang
  • Huawei Pura 80 Ultra Hadir Dengan Sensor 1 Inci & Lensa Tele Boleh Tukar

Sumber: AFP

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • OpenAI Dilapor Tawar Gaji Sehingga RM2.1 Juta Setahun Untuk Kerja Futuristik Ini
  • Penang Port Jadi Pelabuhan Pertama Di Malaysia Guna Rangkaian 5G Persendirian
  • Pesawat Elektrik Berkuasa Solar Rekod Penerbangan Setinggi 9,640 Meter
  • Kementerian Kewangan Nafi Dakwaan Caj Perkhidmatan QR Akan Dikenakan Mulai 1 November
  • TikTok Shop Naikkan Kadar Komisen Bagi Kebanyakan Kategori - Berkuat Kuasa 31 Oktober 2026
  • Prapesan iPhone Duo Kini Dibuka Di Malaysia - Harga Bermula RM9,499
  • Malaysia Percepat Reka Bentuk Cip Menerusi IP Arm, Enam Cip Tempatan Dilancarkan
  • 3 Digital Audio Player Bawah RM400
©2026 WISER.MY