Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Tol PLUS Jambatan Pulau Pinang

Diskaun Tol 50% Sepanjang Musim Perayaan Tahun Ini – Ganti Mekanisme Tol Percuma

Diterbitkan Februari 4, 2025 ยท Dikemas kini Februari 4, 2025 oleh Amalina Athman

Diskaun tol 50% akan dilaksanakan sepanjang musim perayaan tahun ini sebagai mekanisme menggantikan tol percuma yang diberikan kerajaan sebelum ini.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata langkah itu akan menjimatkan kos yang terpaksa ditanggung kerajaan untuk membayar kepada konsesi lebuh raya.

Dalam setahun, lapan hari diberikan tol percuma dan sekarang jumlah hari sama akan diberikan diskaun 50%. Kalau 100% (percuma), kita menggunakan RM160 juta, bahagi dua (50%) bayaran kepada konsesi sebanyak RM80 juta.

Beliau berkata pengurangan tol 50% dipersetuju dalam Mesyuarat Kabinet sebelum ini sempena sambutan Tahun Baharu Cina 2025.

Jadi, Kabinet telah memutuskan supaya ini diteruskan sepanjang tahun pada musim perayaan dengan selepas ini Aidilfitri dan seterusnya.

Nanta menjelaskan kos bagi diskaun tol terbabit dibiayai kerajaan dengan menggunakan duit rakyat dan bukannya dibiayai syarikat konsesi.

Sebelum ini, beliau dilaporkan berkata kerajaan sedang mengkaji pendekatan yang lebih bersasar bagi menggantikan kaedah pemberian tol percuma sempena musim perayaan.

Berkaitan

  • Dah Tamat Waranti Tapi Masih Nak Jimat Duit Hantar Servis Peranti HUAWEI? Ini Berita Baik Untuk Anda
  • Kerajaan Sedang Perinci Pemberian Tol Percuma Musim Perayaan Lebih Bersasar - PM Anwar
  • Kerajaan Setuju Diskaun 50% Bayaran Tol Sempena Tahun Baru Cina
  • Tayar Continental Kini Mengandungi Bahan Botol Plastik Kitar Semula

Sumber: BERNAMA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY