Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
machines 1

Diskaun Sehingga 50% Ganti Bateri Dan Skrin iPhone, Berpeluang Dapat Pengecas Asli Apple Dari Machines

Diterbitkan September 4, 2023 · Dikemas kini September 4, 2023 oleh ariff bukhari

Berita baik kepada pemilik iPhone yang mungkin mahu menggantikan bateri iPhone mereka.

Ini kerana, Machines sedang mengadakan program “Machines Repair & Refresh Sale” dan ”Machines Repair & Refresh Giveaway” untuk servis baik pulih iPhone dengan menawarkan diskaun sehingga 50%.

Sebagai contoh, untuk penggantian bateri iPhone 6s kini ia hanya berharga RM130 sahaja.

Berikut adalah senarai model iPhone dan unit alat ganti yang terlibat untuk program ini serta harga diskaun baik pulih untuk model iPhone tersebut:-

diskaun bateri iPhone
diskaun kamera iPhone
diskaun skrin iPhone
diskaun speaker iPhone
diskaun sim tray iPhone

*Harga yang dipaparkan adalah termasuk caj buruh dan cukai.

Tetapi anda kena cepat kerana diskaun servis baik pulih ini bermula dari hari ini (Isnin), 4 September 2023 dan akan tamat pada 15 September 2023.

Program ini diadakan di Machines Service Center, B-G-2, Northpoint Office Tower B, Mid Valley City.

Pusat servis Machines ini beroprasi dari jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang, setiap hari Isnin hingga Sabtu (Ahad tutup).

Selain menawarkan diskaun servis, Machines juga turut akan memberikan secara percuma pengecas Apple 12W USB Power Adapter kepada pelanggan bertuah mereka yang menggantikan skrin iPhone.

Diskaun Sehingga 50% Ganti Bateri Dan Skrin iPhone, Berpeluang Dapat Pengecas Asli Apple Dari Machines

Berikut adalah turutan pelanggan bertuah yang layak untuk menerima pengecas Apple 12W USB Power Adapter seperti yang dinyatakan pihak Machines-

Screenshot 2023-09-04 075010

Untuk info lebih lanjut lagi tentang terma dan syarat program “Machines Repair & Refresh Sale”, and ”Machines Repair & Refresh Giveaway” ini, layari laman rasmi Repair & Refresh Sale. | Machines Apple Authorized Service Provider

Berkaitan

  • Apple Store KL Dijadual Buka Pada Februari 2024
  • Apa Yang Diketahui Mengenai iPhone 15 Setakat Ini
  • "Jangan Letak iPhone Di Bawah Bantal Ketika Dicas" - Apple

(Beli pelbagai produk Apple yang asli dari stor rasmi wakil-wakil penjual sah Apple di Shopee dan Lazada)

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY