Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
“Jangan Letak iPhone Di Bawah Bantal Ketika Dicas” – Apple

“Jangan Letak iPhone Di Bawah Bantal Ketika Dicas” – Apple

Diterbitkan Ogos 25, 2023 ยท Dikemas kini Ogos 25, 2023 oleh ariff bukhari

Apple telah mengeluarkan amaran baharu tentang larangan tidur berdekatan dengan iPhone semasa ia sedang dicas semalaman.

Info keselamatan terbaru itu dikeluarkan kerana dikhuatiri jka berbuat demikian, ia akan meletakkan penggunanya berisiko untuk terkena renjatan elektrik, kebakaran atau kecederaan.

“Tidur atau duduk di atas kabel pengecas atau penyambung harus dielakkan… jangan tidur ketika peranti, penyesuai kuasa atau pengecas wayarles, atau letakkannya di bawah selimut, bantal atau badan anda, apabila ia disambungkan kepada sumber kuasa.” Apple.

Apple juga menasihatkan pengguna untuk elakkan sentuhan kulit yang berpanjangan dengan kabel pengecasan dan penyambung apabila kabel pengecasan disambungkan kepada sumber kuasa kerana ia boleh menyebabkan ketidakselesaan atau kecederaan.

Dalam Maklumat keselamatan penting untuk iPhone yang dikeluarkan Apple itu juga meminta pengguna iPhone untuk kendalikan peranti itu dengan berhati-hati.

Apple berkata, iPhone diperbuat daripada logam, kaca, dan plastik dan mempunyai komponen elektronik yang sensitif di dalamnya.

iPhone atau baterinya boleh rosak jika terjatuh, terbakar, tercucuk atau hancur, atau jika ia terkena cecair.

Jika anda mengesyaki kerosakan pada iPhone atau bateri, hentikan penggunaan iPhone, kerana ia boleh menyebabkan terlalu panas atau kecederaan.

Apple juga melarang pengguna menggunakan iPhone dalam keadaan kaca retak kerana ia boleh menyebabkan kecederaan.

Berkaitan

  • Ini 10 Peranti Apple iOS Paling 'Power' Setakat Julai 2023 - Antutu
  • Aplikasi Ini Bolehkan Anda Hantar Fail Daripada Android Ke macOS
  • iPhone 15: Mungkin Ini Rupa Dan Spesifikasi Kabel USB-C Yang Akan Diperkenal Apple

Sumber: Apple

(Beli pelbagai produk Apple yang asli dari stor rasmi wakil-wakil penjual sah Apple di Shopee dan Lazada)

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY