DingTalk Bawakan Kemudahan Berkomunikasi Di Dalam Perusahaan Kecil Dan Sederhana

DingTalk, platform komunikasi milik Alibaba Group telah melancarkan DingTalk dalam Bahasa Inggeris untuk pasaran luar dari China. Malaysia merupakan negara pertama yang menerima DingTalk versi bahasa inggeris dan versi ini akan diperluaskan ke lain-lain negara selepas ini.

Aplikasi ini telah digunakan di China dan sebanyak 5 juta perusahaan menggunakannya di sana. Ketua Pegawai Teknologi DigiTalk, Hugo Zhu berkata Malaysia ialah negara pertama yang mendapat DigiTalk dalam versi bahasa inggeris dan tujuan mereka adalah membekalkan sokongan yang diperlukan oleh perusahaan dan perniagaan bagi berkomunikasi secara efektif di kalangan pekerja mereka.



Aplikasi ini menawarkan beberapa fungsi yang boleh digunakan oleh sesebuah organisasi bagi memudahkan maklumat disampai ke semua pekerja. Antara fungsi yang ditawarkan oleh aplikasi ini adalah:

  • Komunikasi Bersepadu- sokongan audio, video & panggilan persidangan untuk sehingga 3,000 orang; e-mel bersepadu, ciri-ciri perbualan dan peringatan pesanan; servis suara dan video hanya boleh didapati melalui VoIP untuk pengguna di luar China.




  • Automasi Pejabat – membolehkan perniagaan menguruskan kedatangan, mendapatkan kelulusan dan mengekalkan laporan perniagaan, menghantar fail bersaiz sehingga 700MB.




  • Kerjasama Dalaman dan Luaran – perniagaan boleh menempah dan menganjurkan mesyuarat, menguruskan maklumat CRM, mencipta tugasan dan tiket perkhidmatan, mengatur perbualan peribadi dan banyak lagi.

  • Platform Terbuka – membolehkan aplikasi SaaS pihak ketiga disepadukan dengan DingTalk dan menyediakan ekosistem perkhidmatan perusahaan bagi PKS.

  • Pensijilan Keselamatan ISO – Dingtalk ialah aplikasi China pertama untuk mencapai piawaian ISO/IEC 27001:2013, iaitu penanda aras keselamatan data yang diiktiraf di peringkat global. Ini bermakna data dienkripsi dengan piawaian keselamatan SSL/TLS untuk menyediakan perlindungan komunikasi peringkat tinggi.


Aplikasi ini boleh didapati dalam sistem operasi Android, iOS dan Windows. Dengan fungsi yang ditawarkan, perusahaan kecil dan sederhana boleh menjimatkan kos dari segi automasi pejabat dan simpanan data yang dibuat berasaskan teknologi awan.