Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Dilaporkan Apple Dan LG Akan Bekerjasama Menghasilkan Telefon Dengan Skrin Boleh Lentur

Dilaporkan Apple Dan LG Akan Bekerjasama Menghasilkan Telefon Dengan Skrin Boleh Lentur

Diterbitkan Oktober 14, 2017 ยท Dikemas kini Disember 3, 2017 oleh Helmi Samsuri

Antara nama besar yang sering kali dikaitkan dengan telefon boleh lentur adalah Samsung yang mungkin akan tampil pada siri Galaxy mereka akan datang. Kini Apple juga dilaporkan turut berminat dalam menghasilkan peranti sedemikian.

Difahamkan bahawa Apple dan LG bakal bekerjasama dalam menghasilkan telefon dengan skrin boleh lentur. Menurut laporan dari The Investor, LG akan membangunkan skrin OLED boleh lentur untuk keluaran iPhone akan datang.

Menurut Gene Munster,seorang penganalisis dari Piper Jaffray, jika Samsung melancarkan telefon lentur pada 2017, kebarangkalian untuk Apple hadir dengan peranti seperti itu adalah seawal 2019.

Pasaran telefon pintar dunia pastinya lebih menarik dengan kehadiran skrin boleh lentur ini lebih-lebih lagi ia bakal membabitkan dua syarikat gergasi, Samsung dan Apple.

Sumber: The Investor

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • BYD Kini Tawar SUV Dengan Stereng Boleh Dilipat Menerusi Fangchengbao Tai 9
  • Pesawat Angkasa Boleh Guna Semula Generasi Baharu Bersedia Untuk Misi Sulung Pada 2027
  • Maxis Tawar Perlindungan Max Secure Percuma 30 Hari, Langganan Bermula RM5/30 Hari
  • Pelajar UniMAP Bangunkan Kereta Lumba Berkuasa Elektrik, Bakal Ke Finale NxGV Challenge 2026
  • GPT-6.2 Sol Kini Dalam 'Tab Chat' ChatGPT
  • Apple Dilapor Kembali Dengan Product(RED), HomePod mini 2 Bakal Hadir Dalam Warna Merah
  • England Lancar Kajian Saringan Kanser Payudara Berbantukan AI Terbesar Di Dunia
  • Kerajaan Tidak Bercadang Wujudkan Syarat Lesen Khas Untuk Penyedia Permainan Dalam Talian
©2026 WISER.MY